Laporan Perkembangan Strategik IRIS (jan-Jun 2022)

PENGENALAN

Laporan ini adalah sebuah penilaian strategik terhadap perkembangan semasa yang dipantau oleh IRIS INSTITUTE. Ini merangkumi konteks, perkembangan serta penilaian strategik terhadap percaturan kuasa (power game) di peringkat antarabangsa, serantau serta nasional dalam tempoh separuh pertama tahun 2022 (Januari hingga Jun).

Kaedah penghasilan laporan ini adalah dengan mengumpulkan data-data daripada sumber terbuka yang terdiri daripada pantauan berita harian, laporan komentar dan analisa isu semasa dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Arab dan Mandarin.

Data-data ini ditapis dan disaring berdasarkan tema-tema yang disusun mengikut kerangka analitikal IRIS berdasarkan teori percaturan kuasa (power game) yang berlaku di peringkat antarabangsa, serantau dan juga nasional. 

Penilaian strategik dilakukan terhadap pola ancaman yang muncul hasil dari proses sintesis maklumat yang dilakukan. Limitasi laporan ini adalah dalam menerangkan profil aktor yang merangkumi bentuk, fungsi, strategi, hieraki dan interaksi antara aktor. Laporan ini juga tidak melakukan jangkaan senario terhadap pola ancaman yang bakal berlaku kerana tempoh perkembangan peristiwa masih lagi di peringkat awal.

Laporan strategik ini bagi membantu para pembaca untuk memahami impak perkembangan semasa terhadap perancangan strategik yang dijalankan, serta menimbang keputusan dan tindakan yang terbaik dalam persekitaran strategik semasa.


Baca laporan penuh pada pautan yang disediakan di bawah (Bagi Pelanggan Eksklusif, Sila Login terlebih dahulu untuk muat turun):

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sidang Khas US-ASEAN, Penjualan Saham Kuok, Presiden Baharu Filipina

Next Post

Bajet Madani: Kerajaan abaikan pengupayaan sumber mineral strategik

Skip to content