Lebih 40% Rakyat Palestin adalah Pelarian

Kanak-kanak berumur bawah 15 merupakan 39% daripada jumlah penduduk Palestin
Kanak-kanak berumur bawah 15 merupakan 39% daripada jumlah penduduk Palestin

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Biro Pusat Statistik Palestin (PCBS) pada Isnin lepas, sebanyak 41.2 peratus penduduk Palestin merupakan pelarian ; 25.2 peratus tinggal di Tebing Barat yang diduduki secara haram oleh Israel dan 66.8 peratus berada di Semenanjung Gaza.

Rakyat Palestin yang berumur kurang daripada 15 tahun merupakan 39 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Palestin. Sebanyak 40.9 peratus daripada julat umur tersebut merupakan angka daripada keseluruhan jumlah pelarian sedia ada berbanding 39.2 peratus daripada bukan pelarian.

Statistik menunjukkan bahawa, 4.2 peratus daripada pelarian Palestin berumur 60 tahun dan ke atas , berbanding 4.6 peratus rakyat Palestin yang bukan dalam kategori pelarian.

United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) berkata bahawa jumlah pelarian Palestin yang berdaftar sehingga Julai 2014 adalah sebanyak 5.5 juta orang ; 16.8 peratus tinggal Tebing Barat yang diduduki secara haram oleh Israel dan 24.2 peratus berada Semenanjung Gaza. Kurang 40 peratus daripada pelarian tinggal di Jordan ; 8.9 peratus di Lubnan dan 10.3 peratus di Syria.

Sumber : MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

160 Ulama Gesa Raja Saudi Selamatkan Morsi

Next Post

Tembakan di Gereja: Dunia Kritik Polisi Dalaman Amerika

Related Posts
Skip to content