Lulus Projek Tambak Laut Selatan, Pulau Pinang Didapati Melangkaui Kuasa Yang di-pertuan Agong

Mahkamah Rayuan pada 30 Jun telah memutuskan bahawa pihak berkuasa perancangan negeri telah bertindak melampaui kuasa mereka dalam meluluskan penambakan bagi projek Penambakan Selatan Pulau Pinang (PSR).

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wong Kian Kheong berkata “kami berpendapat bahawa responden pertama dan/atau kedua tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kebenaran merancang (bagi penambakan tersebut).”

Responden pertama dan kedua ialah Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang serta Jawatankuasa Perancangan Negeri, yang telah memberikan kebenaran merancang tersebut pada 21 Ogos 2023.

Mahkamah menyatakan bahawa Akta Laut Wilayah 2012 merupakan undang-undang yang terpakai kerana ia secara khusus mengawal selia laut wilayah, berbeza dengan perundangan perancangan bandar yang skopnya lebih luas.

Wong mengambil maklum bahawa tapak penambakan yang dicadangkan itu terletak di dalam kawasan laut wilayah di luar pesisir pantai selatan Pulau Pinang.

Merujuk kepada Akta Laut Wilayah, beliau menyatakan bahawa kedaulatan ke atas laut wilayah, termasuk dasar laut dan sub-tanahnya, adalah terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Oleh yang demikian, kawasan yang diperuntukkan untuk penambakan itu tidak termasuk di dalam bidang kuasa negeri dan, sehinggalah penambakan tersebut selesai, dasar laut dan sub-tanah berkenaan kekal di bawah kawalan kerajaan persekutuan.

Menurut akta tersebut, had sempadan laut wilayah Malaysia secara rasminya adalah sejauh 12 batu nautika.

Projek itu pada mulanya dicadangkan sebagai projek penambakan seluas 1,821 hektar (4,500 ekar) yang melibatkan tiga pulau buatan di luar pesisir pantai selatan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, saiz projek tersebut kemudiannya dikecilkan pada tahun 2023 kepada 930 hektar (2,300 ekar), dengan hanya melibatkan pembinaan Pulau A — yang kini dikenali sebagai Silicon Island — manakala rancangan membina Pulau B dan C dihentikan.

Sebelum ini, Chow Kon Yeow, yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang, menyatakan bahawa pembangunan Silicon Island akan mengambil masa selama 20 tahun.

DAP telah lama menjadi penyokong kuat projek Penang South Islands (PSI) dan pernah membentangkan projek penambakan tersebut dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mereka, di sebalik kritikan hebat daripada kumpulan alam sekitar dan golongan nelayan.

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Sumber: FMT, CNA, Laws Of Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sidang Trump–Xi Jinping Bawa Pulangan Ekonomi Sederhana Kepada Amerika Syarikat dengan Isu Taiwan dan Teknologi Masih Kabur

Related Posts

RADAR EDISI 96

[membership level=”1″] RADAR EDISI 9627 Nov 2019 -DALAM NEGARA- Keselamatan 1. Pengganas dan counter-terorism antara isu utama menteri…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000