Lynas Rare Earths secara rasmi meletakkan operasinya di Malaysia sebagai komponen penting dalam rantaian teknologi ketenteraan Amerika Syarikat, sekali gus menyokong matlamat keselamatan nasional serta daya tahan rantaian bekalan Washington.
Lynas pada 19 Mac mengumumkan bahawa syarikat itu telah menghasilkan oksida samarium pertama di loji pemprosesannya di Malaysia lebih awal daripada jadual. – Lynas
Pencapaian ini menjadikannya satu-satunya pengeluar unsur nadir bumi berat tersebut di luar China, yang diperlukan untuk penghasilan magnet bagi teknologi pertahanan seperti pesawat pejuang F-35.
Dengan ini, Lynas kini menghasilkan tiga jenis oksida unsur nadir bumi berat terasing, termasuk Dysprosium dan Terbium, menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh syarikat perlombongan Australia itu pada Khamis. – Lynas
Penghasilan oksida samarium pertama pada mulanya dijangka pada bulan April selepas Lynas mengumumkan pengembangan loji pemprosesannya di Malaysia. – Mining
Pengembangan itu, dengan anggaran kos sekitar A$180 juta, dijangka meningkatkan kapasiti untuk mengasingkan sehingga 5,000 tan setahun bahan mentah unsur nadir bumi berat. – Mining
Pengumuman ini bukan sekadar menunjukkan pencapaian baharu Lynas, ia berkait langsung dengan agenda keselamatan dan pertahanan Amerika Syarikat.
Lynas pada 16 Mac memaklumkan anak syarikatnya, Lynas USA LLC, memeterai surat niat (LOI) yang mengikat dengan kerajaan AS untuk memuktamadkan perjanjian pembekalan oksida nadir bumi. – Reuters
Menerusi perjanjian tersebut, Pentagon akan memperuntukkan kira-kira $96 juta bagi pembelian produk oksida nadir bumi ringan dan berat daripada Lynas, dengan harga lantai ditetapkan pada $110 bagi setiap kilogram oksida NdPr, menurut kenyataan syarikat itu. – Reuters
Menurut Lynas, surat niat tersebut menetapkan kerangka kerja bagi perjanjian bekalan selama empat tahun yang menyokong matlamat keselamatan nasional serta daya tahan rantaian bekalan Amerika Syarikat. – Reuters
“Melalui perjanjian ini, Pangkalan Industri Pertahanan AS akan terus mempunyai akses kepada oksida nadir bumi ringan dan berat yang sangat penting bagi pembuatan moden,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Amanda Lacaze. – Reuters
Nadir bumi, serta magnet yang dihasilkan daripadanya, digunakan dalam jumlah yang kecil namun kritikal dalam pelbagai peranti, daripada iPhone dan mesin basuh sehinggalah kepada jet pejuang F-35 serta menjana kuasa bagi segala-galanya daripada kenderaan elektrik (EV) hingga ke sistem ketenteraan. – Reuters
Perjanjian ini dimeterai ketika Amerika Syarikat dan Barat sedang giat berusaha untuk mengatasi kekurangan unsur nadir bumi berat ketika persaingan dengan China semakin sengit.
Usaha blok Barat untuk membina rantaian bekalan magnet domestik bagi mengurangkan kebergantungan kepada China kini berdepan masalah kritikal iaitu kekurangan elemen yang dikenali sebagai nadir bumi berat. – Reuters
Usaha tersebut diterajui oleh sokongan besar-besaran Amerika Syarikat terhadap MP Materials (MP.N) yang berpangkalan di Nevada. – Reuters
MP Materials, yang memiliki dan mengendalikan lombong Mountain Pass, merupakan satu-satunya kemudahan perlombongan dan pemprosesan nadir bumi yang sedang beroperasi di Amerika Syarikat.
Syarikat itu merancang untuk melancarkan kemudahan pengasingan nadir bumi berat pada tahun depan. Bagaimanapun, depositnya hanya mengandungi kurang daripada 1.8% nadir bumi sederhana dan berat. – Reuters
Kekurangan ini menyebabkan Amerika Syarikat dan sekutunya sedang berusaha mewujudkan rantaian bekalan alternatif bagi menghasilkan magnet nadir bumi berkuasa tinggi. – Reuters
“MP Materials mungkin berdepan cabaran yang getir.
Mereka perlu beralih ke Brazil, Malaysia, atau beberapa negara Afrika untuk mencari sumber-sumber tersebut, namun ia mungkin memakan masa yang lama,” kata Ilya Epikhin, prinsipal kanan di firma perunding Arthur D. Little. – Reuters
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab
Dapatkan laporan penuh tentang PERANG AS-ISRAEL KE ATAS IRAN: BERSEDIAKAH MALAYSIA? pada link di bawah:
