Amerika Syarikat Serah Tiga Pesawat Perisikan Kepada Malaysia dalam Usaha Tingkatkan Akses dan Pengaruhnya di Laut China Selatan

Amerika Syarikat pada 27 jun melengkapkan penyerahan 3 pesawat pengangkut TUDM (CN235) yang telah diubah suai menjadi Pesawat Pengawasan Maritim (MSA) kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Program yang melibatkan geran bernilai kira-kira 60 juta dolar A.S. itu merupakan sebahagian daripada program Membina Keupayaan Rakan Kongsi yang dianjurkan Tentera Laut A.S. dan Inisiatif Keselamatan Maritim (MSI) dibawah kerajaan A.S. – (Bernama)

Berdasarkan laporan Penilaian Strategik Jabatan Pertahanan A.S. terhadap Kerjasama Keselamatan Maritim A.S. di Asia Tenggara (2015-2019), pelaksanaan Inisiatif MSI adalah bagi meningkatkan kapasiti Maritime Domain Awareness (MDA) dan perkongsian maklumat, seterusnya memenuhi kepentingan jangka masa panjang A.S. di rantau. Malaysia juga dilaporkan berkongsi maklumat MDA kepada A.S. ketika diminta.  – US Department of Defense

Sebagai rekod, Malaysia terima hampir 500,000 dolar A.S. dibawah inisiatif MSI pada 2015 hasil daripada komitmen pertahanan A.S. di Asia Tenggara yang bernilai 119 juta dolar A.S ketika itu. Manakala, bantuan keselamatan A.S. ke Malaysia dari 2019 hingga 2023 pula mencecah 240 juta dolar A.S. – (US Embassy, Bernama)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Amerika Syarikat Gugurkan pengesan kapal selam di laut china selatan, ancaman risikan a.s. terhadap pergerakan kapal di perairan

Next Post

NATO Rancang Untuk Berkembang ke Luar Eropah, Cari Jalan Tengah Libatkan Negara Indo-Pasifik dalam NATO

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Fokus adalah komuniti penulisan bebas dan tidak bermatlamatkan keuntungan.
Oleh itu, kami membuka ruang untuk individu-individu yang berminat menyumbang terutamanya bagi membantu kami dari sudut operasi.

Skip to content