Majlis Media Malaysia dibenar terima dana asing, miliki kuasa kawal selia industri media

Majlis Media Malaysia (MMM), yang diberi kuasa untuk menerima dana daripada organisasi atau individu asing, turut berperanan sebagai badan kawal selia industri media, termasuk menjalankan siasatan terhadap pengamal media dan pengamal media bebas serta mengarahkan ahlinya untuk menyerahkan sebarang maklumat yang diperlukan.

Fasal 17 dalam Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia memperuntukkan penubuhan Dana Majlis Media Malaysia, yang akan diurus dan dikawal oleh majlis tersebut.

Selain menerima peruntukan kewangan daripada Parlimen dari semasa ke semasa, dana ini juga boleh menerima sumbangan asing tanpa sebarang syarat daripada mana-mana individu atau organisasi luar, dengan syarat ia digunakan untuk mempromosikan kesedaran dan menyediakan pendidikan berkaitan industri media, tertakluk kepada kelulusan Menteri. – RUU MMM

Dalam pada itu, RUU tersebut turut menggariskan beberapa kuasa utama majlis, termasuk menetapkan standard kewartawanan dan kod tatakelakuan bagi pengamal media, menjalankan siasatan terhadap pengamal media dan pengamal media bebas, serta mengarahkan ahlinya untuk mengemukakan sebarang maklumat yang diperlukan bagi melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.  – RUU MMM

Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia diluluskan di Dewan Rakyat pada 26 Februari selepas sesi perbahasan. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menyatakan bahawa majlis ini dijangka dapat diwujudkan menjelang pertengahan tahun ini. – RTM

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemecahan Monopoli Petronas: Liberalisasi Pasaran atau Kehilangan Kedaulatan Aset Strategik Negara?

Next Post

Sabah, Sarawak dapat autonomi perangkap karbon, RUU CCUS terhad kepada semenanjung dan Labuan

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.