Malaysia Berada di Rantaian Rendah Industri Semikonduktor Global, Sekadar Menjadi Pembekal Cip Kepada Produk Asing

Industri semikonduktor Malaysia tidak menyumbang kepada pembangunan negara berikutan sektor cip negara berkhidmat kepada produk asing. Hal ini kerana, menurut menteri ekonomi, Rafizi Ramli, cip yang dihasilkan di Malaysia dikilangkan untuk jenama asing. (Free Malaysia Today)

Hingga ke hari ini, industri semikonduktor negara tertumpu kepada pembuatan bahagian belakang atau “back-end” dengan menyediakan khidmat Perhimpunan dan Ujian Semikonduktor Sumber Luar (OSAT) kepada syarikat multinasional seperti Broadcom, Infineon, Intel, Osram, Advanced Micro Devices (AMD),  Agilent Technologies, Renesas dan Robert Bosch. (The Edge, Visual Capitalist)

Pada ketika ini, Malaysia menghasilkan 13 peratus daripada keluaran pembuatan bahagian belakang semikonduktor dunia. Pada masa sama, Malaysia juga memegang 7 peratus saham pasaran semikonduktor dunia. (East Asia Forum)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Normalisasi Saudi-Israel dijangka Seawal Tahun Ini, Bakal Jalinkan Pakatan Keselamatan dengan Amerika Syarikat dan Tubuhkan Kerajaan Proksi di Gaza

Next Post

Amerika Syarikat Ingin Hentikan Sumbangan NGO Palestin di Malaysia Kepada Hamas, Susulan daripada Lawatan Pengarah FBI ke SPRM Tempoh Hari

Related Posts
Skip to content