Malaysia menyambut baik pelan Amerika Syarikat untuk Semenanjung Gaza, yang melibatkan penyerahan tadbir urus sementara kepada Presiden Trump dan secara tidak langsung pelucutan senjata Hamas.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri berkata pelan tersebut, yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh masyarakat antarabangsa, merupakan suatu langkah penting ke arah menghentikan segera jenayah genosid, kebuluran dan kemusnahan di Gaza. – KLN
Kementerian Luar turut menambah bahawa Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan anggota masyarakat antarabangsa lain untuk mencapai keamanan di Gaza. – KLN
Pada Isnin (29 September), Trump mengumumkan satu pelan 20 perkara bagi menamatkan perang Israel di Semenanjung Gaza yang dikepung. – Anadolu
Pelan tersebut merangkumi pembebasan tawanan Israel sebagai pertukaran kepada sejumlah tahanan Palestin, perlucutan senjata Hamas sepenuhnya, serta pembentukan sebuah jawatankuasa teknokrat Palestin tanpa pengaruh politik untuk mentadbir wilayah berkenaan. – The Star
Dalam sidang media bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House, Trump berkata cadangan itu telah diterima oleh kebanyakan pihak serantau. – Anadolu
Trump turut mengumumkan penubuhan sebuah badan pentadbiran sementara yang digelar “Lembaga Keamanan” (Board of Peace), yang akan dipengerusikan olehnya sendiri. – Anadolu
Turut dijangka menyertai lembaga itu ialah bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, bersama beberapa pemimpin dunia lain. – Anadolu
Menurut Trump, lembaga itu akan bekerjasama dengan Bank Dunia dan institusi antarabangsa lain untuk membentuk kerajaan sementara Palestin yang terdiri daripada rakyat tempatan serta pakar antarabangsa. – Anadolu
“Hamas atau mana-mana kumpulan bersenjata tidak akan dibenarkan terlibat dalam pentadbiran Gaza,” katanya. – Anadolu
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab