Menhan Gariskan Pemodenan Kelengkapan dan Aset Ketenteraan Antara Lima Fokus Utama, Kekalkan Kebergantungan Negara Kepada Aset Ketenteraan Luar

Menurut menteri pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pada masa ini antara projek perolehan aset strategik yang dirancang adalah pesawat rondaan maritim, 136 unit kereta perisai pantas (High Mobility Armoured Vehicle) untuk Tentera Darat, pembekalan ‘Fast Interceptor Craft, Projek perolehan tiga unit Littoral Mission Ship (LMS) untuk Tentera Laut dan 12 unit helikopter baru Fasa 1 untuk Tentera Udara. (Sinarharian)

Bagi pesawat rondaan maritim, Malaysia menandatangani perjanjian perolehan dengan syarikat Itali, Leonardo bagi perolehan 2 pesawat ATR 72 MPA. Pada ketika ini, Malaysia menggunakan tiga buah pesawat pengangkut CN235 yang dibiayai Amerika Syarikat. (Airforce, DSA)

Manakala, TUDM pula dijangka memperoleh 12 unit helikopter daripada syarikat Perancis, Airbus Helicopter. Pada ketika ini, Malaysia menggunakan helikopter AW 139 milik syarikat Itali, Leonardo. (DagangNews)

Bagi Littoral Mission Ship (LMS) pula, Malaysia merancang untuk memperoleh tiga buah kapal LMS Batch II sebagai tambahan kepada 4 buat kapal LMS Batch I. Pada ketika ini, kapal-kapal LMS Batch I diperoleh daripada China hasil kerjasama Boustead Naval Shipyard (BNS) dan China Shipbuilding and Offshore Corporation (CSOC) di Wuchang Shipyard di Qidong, China. (Janes)

Berikutan itu, Malaysia dijangka akan kekal bergantung kepada aset dan teknologi ketenteraan luar yang menelan kos berbilion ringgit bagi tiap perolehan. Dalam pada itu, Malaysia juga dilihat tidak mempunyai kemahiran untuk menyelenggara teknologi luar tersebut kerana perlu menyewa teknologi lain dan menunggu pihak pembuat untuk menyelenggara teknologi yang diperoleh.

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia Sangat Bergantung Kepada Produk Makanan Import, Risiko Bekalan Makanan Negara Tidak Mampan Dalam Jangka Panjang

Next Post

China Luaskan Aktiviti Pemetaan Bawah Laut di Lautan Hindi, Bakal Dimanfaatkan Untuk Penguasaan Sumber dan Objektif Ketenteraan Berdepan Taiwan

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Individu

RM200 / tahun

Individu Silver

RM500 / tahun

Individu Premium

RM1000 / tahun

Skip to content