Pelajar Antarabangsa China Teramai di Malaysia, Dibenar Kekal Lebih Lama Dan Membawa Tanggungan

China kekal mencatatkan jumlah pelajar antarabangsa tertinggi di Malaysia, susulan pelaksanaan kemudahan baharu yang membolehkan mereka kekal lebih lama selepas tamat pengajian serta membawa ahli keluarga sebagai tanggungan.

Menurut data di laman rasmi Education Malaysia Global Services (EMGS), pada suku kedua 2025 (April hingga Jun), Malaysia menerima 12,469 permohonan pelajar dari Asia Timur, diikuti Asia Selatan (8,046), Timur Tengah dan Afrika Utara (4,990), Asia Tenggara (4,682), Afrika (2,560), Asia Tengah (1,013) dan wilayah lain (1,534). – EMGS

Daripada jumlah itu, 10,947 permohonan adalah dari China, manakala empat negara lain dalam lima teratas ialah Bangladesh (4,159), Indonesia (2,194), Pakistan (1,412) dan India (1,388). – EMGS

Dalam masa yang sama, universiti awam menjadi pilihan kedua dengan mencatatkan 26,110 permohonan, selepas universiti swasta yang merekodkan sebanyak 35,881 permohonan. – EMGS

Setakat September 2024, lebih 47,000 pelajar universiti dari China menuntut di Malaysia — peningkatan lima kali ganda berbanding kurang 9,000 orang pada 2019, menurut Duta Besar China, Ouyang Yujing. – SinChew

Peningkatan kemasukan ini seiring dengan sasaran kerajaan untuk mencapai enrolmen 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2025. – MyGov

Sejak 1 Disember 2023, kerajaan telah melaksanakan beberapa peraturan imigresen baharu di bawah Pelan Liberalisasi Visa, termasuk Program Graduan yang membenarkan pelajar antarabangsa dari 23 negara berpendapatan tinggi memohon Pas Lawatan Sosial jangka panjang selama 12 bulan beserta Visa Masuk Berganda. – KLN

Skim ini diubah suai pada Februari 2024 untuk membolehkan warganegara China dan India memohon berdasarkan penilaian “kes demi kes” sekiranya mengemukakan surat kelakuan baik daripada institusi pendidikan atau kedutaan. – Times

Selain kebenaran bekerja tanpa penajaan syarikat, pemegang pas ini dibenarkan membawa tanggungan dengan bayaran serendah RM450 seorang.  – MalayMail

Bagaimanapun, mereka tidak layak memohon Pas Residen atau permit masuk, namun boleh menukar kepada pas lawatan jangka panjang lain tertakluk kepada syarat yang berkuat kuasa. – EMGS

Sementara itu, di bawah perjanjian baharu pengecualian visa antara Malaysia dan China, warganegara China diberi keistimewaan memasuki Malaysia tanpa visa bagi tempoh tinggal kumulatif sehingga 90 hari. Perjanjian itu akan berkuat kuasa selama lima tahun dan diperbaharui secara automatik untuk tempoh lima tahun berikutnya. – MalayMail

Kesan daripada perjanjian ini, hampir 1.8 juta pelancong dari China dilaporkan telah mengunjungi Malaysia antara Januari hingga Mei tahun ini. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penetapan Kuota Melayu Minima 40% Di Kl Oleh Kerajaan Bersifat Reaktif, Bukan Agenda Sebenar Pembangunan Melayu Di Bandar

Related Posts

RADAR EDISI 96

[membership level=”1″] RADAR EDISI 9627 Nov 2019 -DALAM NEGARA- Keselamatan 1. Pengganas dan counter-terorism antara isu utama menteri…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.