Pelampau Yahudi Musnahkan Tanaman Milik Rakyat Palestin

Palestinian-farmers-agriculture-and-field-of-crops

Penduduk haram Yahudi membakar berpuluh-puluh pokok-pokok zaitun, sawah dan tanah pertanian milik rakyat Palestin pada hari Ahad, selepas serangan membakar untuk memusnahkan rumah penduduk Palestin tempatan gagal. Serangan itu berlaku di perkampungan El-Mughier, timur Ramallah di Tebing Barat.

Saksi berkata kepada Quds Press bahawa sekumpulan orang Yahudi datang dari salah satu daripada penempatan haram Israel berhampiran kampung dan cuba membakar rumah. Mereka melarikan diri apabila mereka ditemui oleh penduduk kampung.

“Ketika mereka sedang dikejar oleh penduduk kampung, pasukan Israel tiba dan mula menembak gas pemedih mata dan peluru getah untuk melindungi orang Yahudi.”

Sumber yang sama berkata bahawa penduduk haram Yahudi mengambil kesempatan daripada pertempuran yang tercetus antara remaja Palestin dengan pasukan pendudukan Israel dan membakar berpuluh-puluh pokok zaitun di Al-Rufid, sebahagiannya daripada tanah yang dimiliki oleh Al-Mughier.

Dalam konteks yang sama, sumber-sumber berkata bahawa pasukan pendudukan Israel telah menyerang dan membelasah teruk tiga remaja Palestin yang tidak dikenali dari Al-Mughier sebelum menangkap mereka dan membawa mereka ke destinasi yang tidak diketahui. Beberapa warga tempatan yang mengalami pelbagai kecederaan yang dilaporakn “kecederaan ringan” ; mereka juga mengalami kesan sedutan gas pemedih mata.

Tebing Barat berada dalam situasi ketegangan yang tinggi selepas orang Yahudi membakar seorang bayi bernama Ali Dawabsheh sehingga mati dalam satu serangan dekat Nablus Jumaat lepas.

 

Terjemahan : Farris Hanafi
Sumber : MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Konflik Sempadan Turki : Mengapa Turki Jalin Kerjasama dengan AS?

Next Post

Erdogan Bakal Merasmikan Kompleks Kebudayaan Uthmaniyyah Terbesar Dunia di Amerika Syarikat

Related Posts
Skip to content