Pelarian Rohingya hanyut di lautan Indonesia

image

ACEH, 10 MEI – Dua buah bot yang membawa sekurang-kurangnya 500 orang Islam Rohingya telah ditemui dihanyutkan arus di Selatan Indonesia hari ini.

Pasukan penyelamat segera dihantar ke Mantang Puntong; di kawasan bot-bot berkenaan mendarat bagi menghulurkan bantuan kecemasan perubatan kepada pelarian-pelarian tersebut.

Umat Islam Rohingya telah menderita penindasan dan tidak diperakui kerakyatan oleh kerajaan Myanmar, terpaksa melarikan diri ke negara-negara berhampiran bagi mendapatkan perlindungan juga pekerjaan sejak berdekad yang lalu.

Penghijrahan ke luar Myanmar

Menurut Chris Lewa, Pengarah Projek Arakan, yang telah memerhatikan pergerakan Orang Laut Rohingya untuk tempoh lebih daripada satu dekad; serangan ke atas komuniti Islam Rohingya oleh penganut Buddha sepanjang tiga tahun lepas telah menyebabkan penghijrahan keluar besar-besaran Orang Laut Rohingya sejak daripada Perang Vietnam.

Beliau turut mengesahkan pendaratan dua buah bot yang membawa hampir 500 orang Islam Rohingya berada di Indonesia awal hari ini adalah kerana kekurangan makanan dan air.

Pada peringkat awal penghijrahan, mereka menunggu di kem-kem di dalam hutan di Thailand; sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan setelah membayar wang tebusan yang bukan sedikit.

Namun taktik tersebut sudah tidak diguna pakai belakangan ini. Lewa menganggarkan seramai 7,000 ke 8,000 orang Islam Rohingya dan Bangladesh kini tersadai di Selat Melaka; setakat ini belum berjaya berlabuh kerana pengukuhan penguatkuasaan undang-undang berkenaan lalulintas perdagangan di Thailand dan Malaysia.

Kadar kematian pelarian-pelarian tersebut dilaporkan semakin meningkat sejak beberapa bulan lepas kerana bekalan makanan dan air bersih yang sangat terhad.

Oleh : Nureen Fatin Syafiqa Adnan
Sumber : Al Jazeera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Amerika Meluluskan Transaksi Misil Baru Indonesia dan Malaysia.

Next Post

Benarkah GMO Bertujuan Untuk Menyelamatkan Dunia?

Related Posts
Skip to content