Pendaftaran Pelajar Bumiputera ke Sekolah Antarabangsa meningkat hampir 50%, namun pendaftaran bukan bumiputera ke Sekolah Kebangsaan Menurun

PETALING JAYA: Kemasukan pelajar Bumiputera di sekolah antarabangsa meningkat sebanyak 49.4% dari 2019 hingga 2024, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau dalam jawapan bertulis Parlimen berkata, kemasukan pelajar bukan Bumiputera di sekolah antarabangsa pula menyaksikan peningkatan sebanyak 30.6% dalam tempoh sama.

Beliau berkata sehingga 31 Mei 2024, jumlah murid di sekolah antarabangsa adalah seramai 88,951 dengan pecahan warganegara seramai 59,726 atau 67.1 peratus dan bukan warganegara seramai 29,225 (32.9 peratus).

“Pecahan warganegara mengikut kategori Bumiputera adalah 19.9 peratus dan bukan Bumiputera sebanyak 80.1 peratus,” katanya sambil menjelaskan sekolah antarabangsa menerima masuk murid warganegara dan bukan warganegara.

Terdapat 287 sekolah antarabangsa di Malaysia pada 2020, menurut penyelidikan oleh International Consultancy Group, syarikat berpangkalan di UK yang mengkaji industri sekolah antarabangsa global lebih 25 tahun.

Fadhlina menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) berhubung jumlah dan peratusan pelajar di sekolah kerajaan serta antarabangsa berdasarkan pecahan kaum dari 2004 hingga 2024.

Beliau berkata, dalam 10 tahun ini, sekolah kebangsaan menyaksikan peningkatan enrolmen pelajar Bumiputera daripada 93.81% pada 2014 kepada 95.12% pada 2024, manakala pelajar bukan Bumiputera merosot daripada 6.19% pada 2014 kepada 4.88% pada 2024.

Bagi sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), terdapat peningkatan pelajar Bumiputera daripada 11.67% pada 2014 kepada 18.52% pada 2024, manakala kemasukan pelajar bukan Bumiputera di SJKC menurun daripada 88.33% pada 2014 kepada 81.48% tahun ini.

Di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) pula, enrolmen pelajar Bumiputera meningkat daripada 0.38% pada 2014 kepada 0.49% pada 2024.

Sumber: Free Malaysia Today & Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ukraine terima bantuan keselamatan jangka panjang termasuk jet pejuang F-16 daripada NATO

Next Post

Amerika Syarikat akan tempatkan senjata nuklear di Semenanjung Korea selepas pimpin trend pembinaan kuasa nuklear di Asia Tenggara

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content