Perdana Menteri Turki yang bakal dilantik menyokong perlembagaan untuk menguatkan Erdogan

Turkey's Transportation Minister Binali Yildirim, accompanied by his wife Semiha Yildirim, greets members of his party as he arrives for the Extraordinary Congress of the ruling AK Party (AKP) to choose the new leader of the party, in Ankara, Turkey May 22, 2016. REUTERS/Umit Bektas
Turkey’s Transportation Minister Binali Yildirim, accompanied by his wife Semiha Yildirim, greets members of his party as he arrives for the Extraordinary Congress of the ruling AK Party (AKP) to choose the new leader of the party, in Ankara, Turkey May 22, 2016. REUTERS/Umit Bektas

Ankara (Reuters): Perdana Menteri Turki yang bakal dilantik, Binali Yildirim, berkata, prioriti utama adalah melaksanakan perlembagaan yang baru untuk membentuk badan eksekutif presiden; satu langkah yang akan memberikan kuasa kepada Presiden Turki Tayyip Erdogan

Para delegasi dari parti AK telah melantik Menteri Pengangkutan Binali Yildirim sebagai ketua parti mereka yang terbaru dan seterusnya Perdana Menteri Turki. Tiada kesangsian yang beliau bakal mengutamakan polisi-polisi yang disukai Erdogan.

Rakan rapat Erdogan selama hampir 20 tahun, Yildirim adalah calon utama untuk ketua parti, dan perdana menteri; menggantikan Ahmet Davutoglu yang mengumumkan perletakan jawatan bulan ini.

Yildirim menyatakan dalam ucapan bahawa perlembagaan baru sangat diperlukan untuk mengesahkan situasi semasa.

“Misi yang paling utama kita pada hari ini adalah untuk mengesahkan situasi de facto, seterusnya menghentikan kekeliruan masa kini dengan adanya perlembagaan yang diubah,” kata beliau. “Perlembagaan baru akan berada dalam sistem eksekutif presiden.”

Sejumlah 1,411 delegasi telah mengundi, dengan 1,405 undian diisytiharkan sah. Yildirim menang semua undi yang sah.

Binali Yildirim juga memberitahu dalam kongress Parti AK pada hari Ahad lalu, yang beliau akan meneruskan perjuangan menentang Islamic State (IS) dan militan Kurdish di Turki dan di Syria; memberi isyarat bahawa perubahan kepimpinan tidak akan memberi kesan kepada kempen tersebut.

Yildirim yang mengasaskan parti AK bersama-sama dengan Erdogan telah menjadi tulang belakang dalam projek-projek infrastruktur di Turki yang merupakan kunci utama kejayaan parti AK selama sepuluh tahun pertama dalam pemerintahan.

Beliau dilihat sebagai susuk tubuh yang bakal membantu dua prioriti utama Erdogan iaitu membentuk badan eksekutif presiden dan perjuangan menentang militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di selatan timur Kurdish.

“Mereka bertanya bila operasi anti-terorris akan berakhir. Saya dengan ini mengumumkan bahawa operasi akan berakhir setelah semua rakyat kita selamat,” kata Yildirim dalam ucapan yang penuh emosi.

“Operasi akan diteruskan tanpa henti sehingga militan terroris PKK berhenti menyerang.”

Badan Eksekutif Presiden

Erdogan dan para penyokongnya melihat badan eksekutif presiden sama seperti sistem di Amerika Syarikat dan Perancis, sebagai satu jaminan terhadap ancaman pakatan politik yang dihadapi kerajaan pada tahun 1990.

Pembangkang Erdogan, termasuk beberapa andaian dalam parti AK, mengatakan yang beliau hanya meneruskan impian beliau sendiri.

”Jika mereka berjaya, ini akan menjadi tempoh peralihan untuk badan eksekutif presiden.” beritahu Abdulkadir Selvi, seorang wartawan yang rapat dengan parti AK; kepada Reuters.

“Isu presiden akan menjadi agenda paling utama.”

Untuk para pelabur, kunci utama sekarang adalah masa depan Timbalan Perdana Menteri Mehmet Simsek, yang dilihat sebagai orang penting dalam meyakinkan pasaran.

Erdogan, yang lebih menyukai consumption-led growth telah berulang kali menolak kadar faedah yang tinggi di Turki, dengan mengatakan bahawa perkara itu menyebabkan inflasi; satu prinsip yang ganjil dalam keadaan ekonomi semasa.

Tanpa Simsek, para pelabur takut, yang kerajaan tidak akan menunaikan janji-janji untuk meliberalisasikan pasaran buruh, menggalakkan simpanan dan membawa masuk lebih banyak pelabur swasta.

Yildirim dilantik sebagai timbalan ketua parti cawangan Istanbul pada bulan November 2002 ketika parti AK memenangi pilihanraya buat kali pertama. Beliau kemudian dilantik sebagai menteri pengangkutan, maritim dan perhubungan, satu jawatan yang beliau pegang sekian lama.

Beliau mulai rapat dengan Erdogan semenjak tahun 1990 ketika Yildirim yang mahir dalam pembinaan kapal dan sains marin, mengetuai syarikat feri kelajuan tinggi di Istanbul; di mana ketika itu Erdogan adalah ketua bandar.

Oleh: Syakirah Kharal Anuar

Sumber: Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

China menjadi sekutu strategik Israel, berikutan kekenduran hubungan dengan Amerika

Next Post

Kompleks Arkeologi Sungai Batu Diisytihar Tamadun Terawal, Tertua Asia Tenggara

Related Posts
Skip to content