Dong Zong mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam usaha mendapat pengikitirafan untuk Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan mengekalkan bahasa Cina sebagai bahasa utama kurikulum SJKC.
Menurut Fadhlina, pertemuan yang diadakan kelmarin membincangkan mengenai penempatan semula guru, penyelarasan kurikulum Bahasa Melayu untuk SJKC/T, kekurangan guru, perpindahan sekolah dan isu guru ganti. – Fadhlina
Pertemuan ini berlaku selepas Dong Zong membuat desakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Kenyataan Mesyuarat Bersama Persatuan Dongzong ke-95 pada 9 September lepas yang antaranya meminta kerajaan mengiktiraf UEC dan kekalkan bahasa Cina sebagai bahasa ibunda dan bahasa utama kurikulum di SJKC. – Dong Zong
Dalam kenyataan itu, Dong Zong menyeru semua parti politik yang berjanji untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam manifesto mereka ketika pilihan raya, khususnya Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, yang membentuk kerajaan perpaduan untuk bekerjasama bagi memastikan sijil itu diiktiraf. – Dong Zong
Terdahulu, pada 26 Ogos, Dong Jia Zong dan 8 Pertubuhan Pendidikan Cina yang lain dilaporkan menolak cadangan KPM untuk menyelaraskan kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah pelbagai aliran. – Nanyang
Menurut pengerusi Jiao Zong , Cheah Lek Aee, “Sekarang ini, bahasa Melayu diajar sebagai bahasa kedua di SJKC dan SJKT, bukan sebagai bahasa ibunda. Bagaimana kita boleh menggunakan kurikulum bahasa Melayu yang sama untuk mengajar?” – Nanyang
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.