Pope Francis adakan lawatan ke Asia Tenggara, promosi agenda pluralisme agama melalui dialog antara agama

Pemimpin tertinggi Vatican, Pope Francis adakan lawatan ke negara-negara minoriti katolik di Asia Tenggara iaitu Indonesia, Papua New Guinea, East Timor dan Singapura. Lawatan ini akan berlangsung selama 12 hari bermula 2 hingga 13 September ini. – (Reuters)

Selain pertemuan dengan para diplomat, pimpinan politik serta penganut katolik, beliau juga akan menghadiri dialog antara agama di Masjid Istiqlal, Jakarta yang merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. – (Reuters)

Seorang pakar sains politik, Jeremy Menchik menyatakan bahawa lawatan pope untuk mempromosi dialog antara agama tersebut dikira tepat pada masanya ketika pergolakan politik Indonesia sedang berada fasa polemik. Malah pegawai Katolik secara umumnya melihat Asia sebagai tanah yang subur untuk mengembangkan kepercayaan, yang telah mengalami kemerosotan di negara-negara Barat. – (Reuters)

Malaysia juga tidak terkecuali dalam isu pluralisme agama ini. Architects of Diversity (AOD) yang merupakan sebuah NGO menjadi platform bagi belia pelbagai agama berkumpul. Perhimpunan pertama Interfaith Youth Alliance (IYA) telah mengumpulkan 45 belia daripada kumpulan agama berbeza pada bulan Mei lalu. Perhimpunan ini dikatakan untuk mewujudkan komuniti yang boleh berbincang dan berdialog tentang isu-isu antara agama secara selamat dan produktif. – (Aliran)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Akta Syarikat (Pindaan) 2024 Mengikut Piawaian Agensi Antarabangsa yang mengesan dan menyekat dana Hamas

Next Post

China Mahukan Kepentingan Dalam Projek Minyak Dan Gas Negara Selepas Petronas Catatkan Pengeluaran Gas Pertama Di Kasawari Dan Jerun

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content