EBOOK: Landskap Edisi Khas (Mei 2020): Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

RM10.00

Semenjak ia mula merebak di Wuhan, China pada awal tahun 2020, virus
COVID-19 atau ‘Coronavirus’ kini telah menjangkiti manusia di hampir
seluruh pelusuk dunia. Situasi semasa dan cabaran yang dihadapi oleh
semua negara menunjukkan bahawa pandemik COVID-19 yang sedang
berlaku ini merupakan sebuah krisis berskala global.

Hal ini menandakan bahawa terdapat implikasi dalam pelbagai aspek
yang akan mengesani situasi dunia dan negara hari ini. Landskap EDISI
KHAS kali ini akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai
implikasi-implikasi tersebut. Berbanding banyak tulisan atau artikel
pendapat yang lain, Landskap edisi ini memberikan penumpuan kepada
implikasi yang strategik atau yang berkemungkinan tinggi mengubah
senario semasa di dunia hari ini. Dalam edisi ini, kajian, pendapat dan
penulisan daripada ahli akademik, pemerhati politik dan laporan-laporan
daripada institut-institut kajian telah ditinjau dan disaring untuk
membantu pembaca mendapatkan idea-idea utama yang dilontarkan
terhadap setiap implikasi yang dibincangkan.

Berdasarkan penilaian terhadap implikasi-implikasi tersebut, laporan ini
seterusnya mengemukakan analisa dalam bentuk beberapa bacaan
senario akan datang selepas pandemik Coronavirus berakhir. Jangkaan
senario ini adalah satu gambaran awal (presumption) terhadap senario
di peringkat global dan nasional untuk suatu tempoh jangka sederhana
selepas wabak COVID-19 dijangka dapat diatasi sepenuhnya.

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Skip to content