Sale!

EBOOK: Tahap Keciciran Murid Sekolah Rendah Semasa Pandemik COVID-19

RM5.00

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi murid sekolah rendah telah berjalan selama lebih 18 bulan yang bermula pada 18 Mac 2020 sehingga 3 Oktober 2021. Isu tahap keciciran murid sekolah rendah ini timbul berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Setakat ini, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi sekolah rendah bergantung kepada perubahan dalam keputusan ahli Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dilantik. Terdapat empat implikasi utama dalam pelaksanaan PdPR terhadap tahap keciciran murid sekolah iaitu 1) penurunan dalam penguasaan kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) dalam kalangan murid, terutama mereka dalam keluarga B40 dan mereka yang di luar bandar, 2) murid dalam keluarga B40 terputus akses kepada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS) yang boleh memberi kesan kepada kadar pertumbuhan murid, 3) penurunan motivasi belajar dan kesan kepada sosioemosi murid, serta 4) kesan rantaian kepada pembangunan negara seperti lonjakan pengangguran, peningkatan kes jenayah, kemerosotan kesihatan mental dan krisis moral.

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Skip to content