Projek Penchinaan dibawah kerajaan PH, Apa bezanya dengan kerajaan terdahulu?

Komentar
Setahun selepas kemenangan PRU 14, kita lihat satu demi satu projek-projek China dihidupkan semula oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Malahan ditambah dengan beberapa projek mega yang baharu seperti yang boleh dilihat menerusi usahama pembinaan 100,000 buah rumah oleh syarikat China, kejayaan Proton mendapatkan pinjaman sebanyak RM 1.88 bilion daripada Bank Pembangunan China dan banyak lagi.

Ancaman Penchinaan sekadar Kempen Retorika PH?
Kempen Pakatan Harapan sebelum PRU 14, tentang bahayanya ancaman PenChinaan melalui projek-projek seperti, ECRL, Forest City, MCKIP, Malacca Gateway, Bandar Malaysia dan banyak lagi, hanyalah sekadar kempen palsu kepada rakyat.

Jika begini sikap pemerintah yang melihat keselamatan negara sebagai barang dagangan, apa sahaja yang boleh diharapkan daripada kerajaan ini untuk terus menjaga kedaulatan negara?

Atau, sekalipun jika mereka jujur? Apakah terdapat “kuasa tersembunyi” yang membenarkan perkara ini terus berlaku?

Oleh:
Asyraf Farique
Ketua Editor Fokus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Landskap Edisi 8

Next Post

Pertembungan bangsa Melayu adalah pertembungan di medan identiti

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content