Rakyat Amerika Sudah Jemu dengan Politik Tradisional

o

 

Menurut seorang wartawan siasatan di Florida, rakyat Amerika sudah hilang sabar dengan ahli politik tradisional di Amerika apabila mereka mula mencari calon untuk diundi pada pilihan raya presiden tahun hadapan.

“ Rakyat sudah muak dengan ahli politik tradisional,” kata Wayne Madsen, yang juga merupakan seorang penulis dan kolumnis dengan pengkhususan dalam isu kepintaran dan antarabangsa.

“ Tahun ini adalah tahun untuk ahli bukan politik kerana rakyat sudah jemu,” Madsen berkata ketika ditemuramah melalui telefon oleh PressTV.

“ Inilah sebab mengapa Donald Trump sangat popular dan beliau kelihatan mempunyai ‘staying power’ ,” tambah beliau.

Undian terbaru oleh Washington Post-ABC News mendapati bahawa kebanyakan warga Amerika berkata ahli politik tidak boleh dipercayai dan sistem politik Amerika tidak berfungsi.

Lebih 7 daripada 10 rakyat Amerika, iaitu sebanyak 72 peratus percaya bahawa kebanyakan ahli politik Amerika “tidak boleh dipercayai” berdasarkan undian tersebut.

Hanya 23 peratus yang berpendapat ahli politik boleh dipercayai.

Manakala lebih 6 daripada 10, iaitu 64 peratus juga berkata sistem politik Amerika “tidak berfungsi”, sementara 33 peratus sahaja yang berpendapat sistem tersebut ”berfungsi”.

Undian tersebut turut memaparkan tahap ketidakpuasan terhadap kerajaan Amerika dan politik yang sedang membentuk kempen presiden sekarang.

Akibatnya, undian tersebut menunjukkan semakin ramai rakyat Amerika yang mencari calon yang berasal dari luar bidang poltik.

Hampir 60 peratus ahli parti Republik kini berkata mereka  lebih suka presiden seterusnya mempunyai pengalaman  di luar bidang politik. Kira-kira satu perempat ahli parti Demokrat juga berkata demikian.

Kira-kira dua pertiga ahli parti Republik yang berkata mereka mencari calon bukan berpengalaman politik pada masa kini, menyokong sama ada Donald Trump atau Ben Carson, dua orang calon bukan ahli politik.

Undian tersebut turut menunjukkan Trump terus mendominasi persaingan untuk penamaan calon parti Republik untuk menduduki White House.

 

Terjemahan oleh: Ainun Mardhiah Jamaluddin

Sumber: PressTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Amerika Syarikat Reka Pesawat Pengebom Khas Bagi Misi “Pivot to Asia” Selepas B-17

Next Post

8 Ahli Ikhwan Muslimin Dijatuhkan Hukuman Mati di Mesir

Related Posts
Skip to content