Ramasamy dakwa Warlord Cina ada pengaruh terhadap ahli bukan cina DAP, berkuasa tentukan kedudukan ahli bukan Cina

Bekas pemimpin DAP, P. Ramasamy, mendakwa pengaruh “warlord” Cina memainkan peranan utama dalam penyingkiran Gobind Singh daripada jawatankuasa DAP Selangor, selepas beliau hanya menduduki tempat ke-16 dalam pemilihan jawatankuasa negeri parti itu.

Menurut Ramasamy, DAP secara umumnya adalah parti yang didominasi oleh masyarakat Cina, dengan menambah bahawa “warlord” berkuasa mengawal akses bagi calon bukan Cina, yang seterusnya mengehadkan peluang mereka untuk naik walaupun berbakat. – FMT

Ramasamy juga menyatakan bahawa ahli bukan Cina hanya berpeluang mencapai kedudukan dalam parti sekiranya mereka mendapat sokongan daripada “warlord” Cina yang berpengaruh. – FMT

Kenyataan Ramasamy itu dibuat sebagai respon terhadap kekalahan Gobind pada 10 November, yang gagal memperoleh satu daripada 15 tempat dalam pemilihan jawatankuasa negeri parti itu apabila hanya memperoleh tempat ke-16 dengan 675 undi. – FMT

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dun Sarawak lulus RUU sumber asli dan alam sekitar, peroleh autonomi penuh terhadap tadbir urus alam sekitar

Next Post

Syarikat China beli tanah 23.96 hektar di Gebeng, perkukuh pengaruh China dalam sektor perindustrian di Pahang

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content