Rundingan Akhir TPPA Bermula Akhir Julai Ini?

Obama berjaya menandatangani TPA dan TAA seterusnya meluluskan dua bil tersebut menjadi undang-undang Isnin lalu
Obama berjaya menandatangani TPA dan TAA seterusnya meluluskan dua bil tersebut menjadi undang-undang Isnin lalu

Menurut satu sumber mengatakan bahawa rundingan perjanjian TPP antara menteri 12 buah negara yang terlibat djangka berlangsung akhir Julai ini. Rundingan dijangka bermula 23 Julai dan berkemungkinan berlangsung di Amerika Syarikat.

Isnin lalu, Presiden Obama secara rasminya menandatangani dua bil penting dalam memastikan keberlangsungan perjanjian TPP. TPA dan TAA, dua bil penting yang membolehkan Kongres AS untuk menolak atau meluluskan sebarang perjanjian perdagangan dalam TPP namun mereka tidak boleh mengubah atau menangguhkan perjanjian tersebut.

TPA (Trade Promotion Authority) atau dikenali sebagai fast track merupakan bil yang membolehkan mana-mana negara yang tidak menepati syarat untuk terus dibenarkan menyertai perjanjian ini. TAA (Trade Adjustment Assistance) pula merupakan satu lagi bil gandingan yang dilaksanakan bagi melindungi kepentingan pekerja tempatan Amerika Syarikat daripada terjejas dengan perjanjian perdagangan tersebut.

Selain itu, Menteri Perdagangan Jepun, Akira Amari turut menjangkakan TPPA akan selesai menjelang akhir Julai ini. Malah, New Zealand melalui kenyataan Menteri Perdagangannya, Tim Groser turut mengambil langkah persediaan bagi menghadapi rundingan akhir TPP.

Nur Hanis Mohamad Noor

Sumber: IBT, REUTERS, TJN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kredibiliti Najib Razak Untuk Memimpin ASEAN Diragui

Next Post

FF3 : Tekanan Dunia Henti Sekatan Israel ke atas Gaza

Related Posts
Skip to content