Sarawak dakwa peroleh hak dan kuasa penuh ke atas pelantar benuanya, beri kesan kepada hak gas dan minyak Petronas

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Sarawak mendapat hak dan kuasa penuh ke atas pelantar benuanya yang menjangkau sehingga 200 batu nautika, sekaligus menafikan Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) perlembagaan persekutuan yang membataskan hak Sarawak untuk menerokai sumber dan hasil melalui sempadan maritim negeri sekadar tiga batu nautika (5.5 kilometer) dari garis air surut wilayah itu. – (UKAS, Jabatan Laut Malaysia)

Keputusan itu merupakan hasil daripada perbincangan Premier Sarawak, Abang Johari ketika mesyuarat pertama Majlis Tenaga Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurut Abang Jo, mesyuarat memutuskan bahawa tanah adalah perkara di bawah kuasa perundangan dan eksekutif negeri yang tidak boleh dilanggar. Tambahnya, memang benar pelantar benua menjangkau sehingga 200 batu nautika, tetapi ia tidak boleh menjejaskan bidang kuasa negeri, sempadannya tidak boleh diubah serta perlu dihormati. – (UKAS, Dayak Daily)

Sarawak dalam tuntutannya ke atas pelantar benuanya merujuk dua dokumen sebagai rujukan. Pertama, berdasarkan Order in Council 1954, Sarawak menganggap sempadan tanah jajahan Borneo Utara telah diperluaskan merangkumi dasar laut dan tanah bawah pelantar benua di bawah laut lepas. – (Order in Council, Malay Mail)

Kedua, merujuk kepada Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 2 Senarai II (Senarai Negeri), Sarawak berpendirian bahawa tanah adalah perkara di bawah kuasa perundangan dan eksekutif negeri. Manakala, di bawah perkara 2(c) senarai II, kuasa perundangan dan eksekutif negeri itu meliputi permit dan lesen untuk mencari gali bagi lombong; pajakan melombong dan perakuan melombong. – (Perlembagaan Persekutuan, Malay Mail)

Pengecualian Sarawak daripada Akta Wilayah 2012 berisiko memberi kesan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang memberikan hak keseluruhan pemilikan, dan hak eksklusif, kuasa, kebebasan dan keistimewaan meneroka dan mengeksploitasi, berkenaan dengan sumber petroleum sama ada di dalam atau luar pesisir Malaysia kepada Petronas. Sarawak sehingga kini mendakwa mereka mempunyai mempunyai hak minyak dan gasnya sendiri di bawah undang-undang negeri iaitu Ordinan Perlombongan Minyak 1958. – (KPDN, The Star)

Selain Sarawak, Terengganu juga menuntut perkara sama, malah Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-15 sebulat suara meluluskan usul menolak Akta Laut Wilayah 2012 pada 25 April. Walau bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah menafikan usul tersebut dengan menegaskan bahawa  Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu. – (Berita Harian), Astro Awani)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan pertimbang tuntutan Persatuan Baba Nyonya Malaysia, naik taraf peranakan Cina menjadi sub etnik di bawah JPN

Next Post

Malaysia buka taman reka bentuk IC semikonduktor pertama kepada syarikat asing, pemilikan harta intelek reka bentuk bersepadu kekal milik pelabur asing

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content