Selepas memimpin pengambilalihan Pelabuhan Sapangar di Sabah pada 2024, bekas Pengerusi DP World, Sultan Ahmed Bin Sulayem, kini dilantik untuk menerajui MMC Ports yang mengawal tujuh pelabuhan strategik di Selat Melaka.
Berdasarkan memo yang dilihat oleh Reuters, peralihan itu melibatkan peletakan jawatan serta-merta oleh Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan sedia ada bagi memberi laluan kepada Sultan Ahmed. – Reuters
“Azman telah tamat berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MMC Port, berkuat kuasa serta-merta,” menurut memo itu. – Reuters
Bagaimanapun, memo bertarikh 12 Julai tersebut tidak mendedahkan punca pengunduran Azman Shah Mohd Yusof selaku ketua eksekutif, dan tidak menyatakan garis masa bagi pelantikan pengganti tetap. – Reuters
Perkembangan ini memberikan Bin Sulayem kawalan langsung ke atas pengendali pelabuhan terbesar Malaysia itu. – Reuters
Pengerusi Eksekutif MMC itu meletak jawatan daripada DP World Februari lalu selepas diselidiki susulan pendedahan kandungan e-mel dengan Jeffrey Epstein oleh Jabatan Keadilan AS. – Reuters
Pendedahan ini berlaku sebulan selepas syarikat milik taikun Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, MMC Port Holdings Sdn. Bhd., dilapor telah menghubungi beberapa bakal pembida untuk menjual pegangan minoritinya. – The Star
Sebagai pengendali pelabuhan terbesar negara, MMC Ports menguasai tujuh pelabuhan di sepanjang Selat Melaka, iaitu laluan maritim sempit yang menghubungkan Lautan Hindi dan Pasifik serta menjadi nadi penting perdagangan global.
Terdahulu, pada 2024, DP World dilaporkan telah mengambil alih pengurusan dan operasi Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP) dari anak syarikat Suria Capital Holdings Bhd, Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB). – The Star
Menerusi perjanjian itu, DP World akan memegang kepentingan 51 peratus dalam SBCP Sdn Bhd yang dijenamakan semula menjadi DP World Sabah Sdn Bhd, manakala Sabah Ports akan memegang baki 49 peratus dalam syarikat usaha sama itu. – The Edge
Terletak strategik di laluan perkapalan Timur Jauh-Singapura, Pelabuhan Sapangar berfungsi sebagai hab pemindahan kapal utama bagi menghubungkan rangkaian maritim serantau dan global.
Laporan The Edge pada 2019 mendedahkan usaha DP World untuk membeli kepentingan dalam SPSB, pemegang konsesi menguruskan lapan pelabuhan di Sabah (termasuk SBCP). – The Edge
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab