Sheng Tai sasar tarik FDI RM1 bilion bagi projek Menara Kebudayaan Cina di Melaka

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Sheng Tai International Sdn Bhd mengumumkan rancangan untuk mentransformasikan salah satu daripada sembilan menara projek The Sail Melaka menjadi Menara Kebudayaan pertama di Malaysia, yang disasar menarik pelaburan langsung asing bernilai RM1 bilion dari China.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata bahawa Menara Kebudayaan Maritim adalah salah satu menara di The Sail Melaka yang bernilai RM6.5 bilion, pembangunan strategik di sepanjang Zon Ekonomi Pesisir Melaka (M-WEZ) yang dijangka siap sepenuhnya pada 2024.

Pembangunan itu akan menempatkan hotel mewah lima bintang dan enam bintang; kondotel mewah; suite perniagaan; pusat membeli-belah mewah seluas sejuta kaki persegi serta dataran budaya dengan lot-lot kedai yang menghadap Selat Melaka.

Dengan saiz 350,000 kaki persegi, menara kebudayaan 61 tingkat dapat menampung hingga 1.000 perniagaan daripada pelbagai jenis industri, termasuklah seni dan budaya, baba nyonya, fesyen, makanan, dan pendidikan.

“Saiz setiap suite boleh mencapai 2,000 kaki persegi, berharga dari RM500,000,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

5,527 kes Macau Scam direkodkan sepanjang tahun 2019 dengan kerugian mencecah RM327.9 juta

Next Post

Penang rancang bina 10 projek perumahan mampu milik di 5 daerah sebanyak 20,912 unit

Related Posts

Dari Meja COO : Di Ambang Ramadhan

Setelah setahun yang panjang dan penuh dengan pelbagai peristiwa, umat Islam di seluruh dunia bertemu sekali lagi dengan bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Tidak jauh berbeza dengan Ramadhan pada beberapa tahun lepas, Ramadhan pada tahun ini juga menyaksikan bagaimana ianya hadir di tengah-tengah pelbagai lipatan peristiwa yang menjadi krisis dan kemelut bagi umat Islam di seluruh dunia.
Read More

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content