Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Kanada buat Israel

canada

Menteri Hal Ehwal Luar Negara Kanada, Rob Nicholson menegaskan sokongan kukuh Kanada kepada Israel dan berkata bahawa realiti di Timur Tengah kini mengkehendaki negara Yahudi tersebut untuk mempertahankan negara mereka sendiri.

Komentar Nicholson itu disebut dalam lawatan sulung beliau ke Israel dialu-alukan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika mana tekanan sedang memuncak ke atas Netanyahu dan kerajaannya supaya membendung keadaan di Tebing Barat dan mengadakan perbincangan dengan Palestin.

“ Kami percaya kami tidak ada kawan yang lebih baik daripada Kanada, “ Netanyahu berkata demikian dalam pertemuan beliau dengan Nicholson di Jerusalem.

“ Kami fikir ini adalah ‘angin yang menyegarkan’ dalam suasana permusuhan yang semakin meningkat.”

Hubungan Netanyahu dengan White House, sekutu rapat Israel selama ini, sedang melalui fasa kritikal.

Ucapan Presiden Barack Obama dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) bahawa Amerika mengutuk negara Yahudi tersebut adalah semakin sukar untuk dijustifikasikan.

“ Sehingga kini, kami telah menolak jauh usaha Eropah misalnya, atau usaha-usaha lain,” beliau berkata kepada saluran televisyen Israeli Channel Two.

“ Jika tiada siapa yang percaya akan proses perdamaian, maka akan semakin susah untuk berbincang dengan mereka yang peduli terhadap proses ini dan situasi semasa,” sambung Obama lagi.

Nicholson menyuarakan tanpa ragu, “ Saya berdiri di sini untuk menunjukkan dengan tegas sokongan tidak berbelah bahagi Kanada buat Israel.

“ Kami faham bahawa kawasan kejiranan Israel tidak seaman Kanada. Oleh itu, kami tahu pimpinan Israel tiada pilihan lain selain mengambil semua langkah yang perlu untuk berlindung daripada kerosakan.”

Nicholson adalah salah seorang pegawai rasmi hal ehwal luar negara yang berkunjung ke Israel dan wilayah Palestin semenjak pengisytiharan kerajaan baru Netanyahu pada bulan lepas.

“ Kami enggan bersikap berkecuali dalam menyokong hak Israel mempertahankan negara daripada keganasan ekstremis,” ulas Nicholson.

“ Israel merupakan bangsa dunia yang bebas dan demokratik,” tambah beliau lagi.

“ Sesiapa yang membelakangkan Israel mahupun memejamkan mata terhadap musuh Israel, silalah berbuat demikian atas risiko sendiri.”

Sumber: The Daily Star Lebanon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Yaman; Bekas Presiden di belakang Al-Qaeda?

Next Post

Amerika Syarikat & Vietnam; Kukuh Hubungan Pertahanan

Related Posts
Skip to content