Syarikat China dan Singapura pegang kepentingan dalam projek terminal simpanan minyak terbesar Malaysia di Sabah

China melalui syarikatnya, SinoOcean Petroleum Investment International Limited (SinoOcean) memegang kepentingan dalam TS Asia Green Infrastructure Sdn Bhd (TS Asia Green) yang bertanggungjawab mengurus dan membina terminal simpanan minyak terbesar Malaysia di Sabah.

Selain SinoOcean, syarikat yang berpangkalan di Singapura, SOFOS Group juga merupakan salah satu pemegang saham dalam TS Asia Green. Projek yang dianggarkan bernilai USD4 bilion itu mampu menampung 8 juta meter padu tangki simpanan dan akan menempatkan kilang penapisan, ladang tangki, kemudahan pemprosesan, jeti, pejabat pentadbiran, pusat latihan, bengkel balai bomba, makmal dan lain-lain. – (Borneo Post)

Pada 27 Ogos, TS Asia Green telah menjalinkan kerjasama pelaburan yang bernilai USD800 juta dengan Shandong Wufen Industrial Co., Ltd, Bin Zayed Investments LLC, dan Bakhtiari Group FZE. Pelaburan ini mewakili satu perlima daripada anggaran jumlah belanjawan pembangunan terminal itu. – (Borneo Post)

Selain itu, syarikat-sarikat China juga termasuk dalam senarai kontraktor-kontraktor bagi kerja-kerja kejuruteraan, perolehan dan pembinaan. Antara kontraktor yang terlibat adalah Sinopec Engineering, anak syarikat CNPC, CCCC (China Communication Construction Company), dan EMCG (The Eleventh Metallurgical Construction Group Co., Ltd.). – (Borneo Post)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Projek Terusan Funan-Techo bakal beri akses langsung tentera laut China ke Teluk Thailand, potensi seret konflik AS-China ke teluk itu

Next Post

Syarikat Milik UAE, DP World Ambil Alih Pengurusan dan Operasi Pelabuhan Sapangar daripada Sabah, Pegang Kepentingan Terbesar dalam Pelabuhan

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content