Tiada respon rasmi daripada China, Malaysia pertimbang jemput AS dan EU untuk sidang kemuncak ASEAN+GCC

Malaysia kini mengalihkan tumpuan kepada Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) bagi Sidang Kemuncak ASEAN-GCC yang dijadual berlangsung pada Mei ini, susulan ketiadaan maklum balas rasmi daripada China mengenai cadangan penubuhan pakatan tiga hala pada sidang kemuncak tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melibatkan negara lain, termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, dalam sidang kemuncak itu. Namun, beliau menegaskan bahawa tumpuan utama masih kepada negara-negara ASEAN dan rantau ini. – Kosmo

“Kita sedang meneliti kemungkinan penglibatan negara lain, tetapi fokus tetap kepada ASEAN dan negara-negara serantau,” katanya. – Kosmo

Terdahulu, semasa lawatannya ke China pada 4-7 November 2024, Anwar telah menjemput Presiden China, Xi Jinping, untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kedua. Walau bagaimanapun, setakat ini, Beijing masih belum memberikan sebarang respon rasmi terhadap jemputan tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, sebelum ini menyatakan bahawa jika kerjasama antara ASEAN, GCC, dan China dapat diurus dengan baik, ia berpotensi membentuk sebuah blok ekonomi baharu yang berpengaruh di peringkat global. – The Edge

“GCC memiliki modal yang besar, ASEAN kaya dengan sumber semula jadi serta berpotensi tinggi dalam pembangunan, manakala China mempunyai pasaran yang luas. Kita tidak boleh bergantung kepada satu sumber atau pasaran semata-mata, sebaliknya perlu mempelbagaikan sumber, termasuk dalam bidang pelaburan dan pasaran,” katanya. – The Edge

Pada awal tahun ini, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan Jeneral Liu Zhenli, Ketua Staf Jabatan Staf Bersama di Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, bagi membincangkan cadangan Malaysia untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN+GCC+China yang pertama. – Andolu

Dalam pertemuan itu, Anwar turut menyentuh isu Laut China Selatan dan menegaskan bahawa sebarang pertikaian di perairan itu harus diselesaikan secara aman melalui diplomasi serta pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa.

“Kita mahukan penyelesaian yang berlandaskan perbincangan diplomatik dan undang-undang antarabangsa,” katanya. – Andolu

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jurang Peruntukan Kepada Setiap Sekolah Persendirian Cina Meningkat Hampir 3 Kali Ganda Berbanding Sekolah Agama

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content