Tokong, perniagaan Cina dan dua sekolah Katolik dicadangkan sebagai warisan kebangsaan di Pusat Bandar Kajang — selari dengan trend peningkatan usaha mengangkat identiti Cina sebagai sebahagian warisan dan kebudayaan negara.
Pusat Bandar Kajang telah dipilih oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk dibangunkan di bawah Rancangan Kawasan Khas (RKK). – The Star
RKK merupakan cadangan tindakan khusus terperinci bagi tujuan sama ada untuk memajukan, memajukan semula, memperelokkan lagi, memulihara atau bagi tujuan pengurusan kawasan berkenaan. – PLAN
Pemilihan ini menjadikan Kajang sebagai salah satu bandar tumpuan bagi perancangan yang lebih terperinci dan bersasar, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Nazli Md Taib. – The Star
Menurut Nazli, draf rancangan berkenaan menggariskan 44 projek cadangan yang dibahagikan kepada lima zon tindakan dan tiga sektor pengkhususan. – The Star
Projek-projek tersebut merangkumi aspek pengangkutan, ekonomi, warisan, ruang awam dan kelestarian, dan dirancang untuk dilaksanakan secara berfasa. – The Star
Beliau berkata, inisiatif perancangan itu dibiayai melalui peruntukan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi tahun 2025, dengan kos sebanyak RM650,000. – The Star
Dalam Draf Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandar Kajang, pemuliharaan warisan di Bandar Kajang merangkumi Warisan Ketara dan Warisan Tidak Ketara.
Pada masa kini, tiada bangunan berstatus Warisan Kebangsaan (diwartakan dibawah Akta 645 Jabatan Warisan) di Pusat Bandar Kajang. – PLAN
Namun begitu, Draf RKK ini menggariskan beberapa bangunan dan rumah kedai, dan perniagaan yang akan dipelihara sebagai sebahagian sejarah dan warisan bandar Kajang. – PLAN
Antara bangunan yang disenaraikan sebagai warisan ketara adalah Tokong Shen Sze She Yar, SK Convent Kajang, dan SMK Convent Kang. – PLAN
Menurut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), “Warisan ketara” merujuk kepada apa-apa warisan budaya yang mempunyai bentuk fizikal, termasuk: tapak warisan, monumen, bangunan, artifak, dan struktur yang mempunyai nilai sejarah, seni bina, arkeologi, seni, atau sains yang penting. – PLAN
Bagi Warisan Tidak Ketara Pula, Kedai Biskut Soon Fatt, Kedai Biskut Xin Kwong Sang Woh, Kedai Ubat Kwong Chai Tong, dan Kedai Kopi Chop Tong Sing antara yang disenarai sebagai perniagaan warisan. – PLAN
Menurut draf tersebut, aktiviti sosioekonomi dan perniagaan tradisional yang telah dijalankan oleh beberapa generasi dan makanan warisan yang menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Kajang boleh ditakrifkan sebagai warisan tidak ketara. – PLAN
Terdahulu, kerajaan digesa untuk mempromosikan Kajang sebagai sebuah bandar warisan bagi menarik lebih ramai pelancong, selaras dengan kempen Tahun Melawat Selangor 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026. – The Star
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, Kajang merupakan sebuah bandar bersejarah yang memiliki banyak bangunan berusia lebih 100 tahun, antaranya Sekolah Tinggi Kajang, Hospital Kajang dan Tokong Tin Hong Si di Jalan Mendaling. – The Star
Perkembangan ini selaras dengan Trend 19: Peningkatan usaha mengangkat identiti Cina sebagai warisan dan kebudayaan negara, menurut Laporan Strategik Kuasa Nasional Malaysia 2024-2025 yang diterbitkan oleh IRIS Institute baru-baru ini.
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab