Trend penjualan tanah kepada pusat data asing meningkat di johor, syarikat hartanah cina antara yang peroleh keuntungan besar

Permintaan pusat data oleh syarikat asing telah mempengaruhi trend peningkatan aktiviti jual beli tanah di Johor. Trend ini dipandu oleh syarikat-syarikat hartanah seperti Crescendo, UEM Sunrise, EcoWorld, dan Paragon Globe Bhd. Crescendo yang dimiliki oleh keluarga Gooi Seong Lim mencatatkan jualan bernilai RM792 juta membabitkan tanah seluas 150 ekar untuk pembangunan pusat data dalam 7 bulan. (NST)

Pada November 2023, Crescendo dilaporkan menjual empat bidang tanah seluas 85.37 ekar di Pulai, Johor yang bernilai RM447.64 juta kepada anak syarikat Microsoft, Microsoft Payment (Malaysia). Pada bulan sama, Crescendo menjual 7 bidang tanah seluas 22 ekar di Johor yang bernilai RM117 juta kepada syarikat pusat data Singapura, ST Telemedia Global Data Centres. Terkini, Crescendo melalui anak syarikatnya, Panoramic Industrial Development Sdn Bhd menjual tanah seluas 20 ekar di Pulai, Johor dengan nilai RM115.88 juta kepada syarikat pusat Data yang berpangkalan di Singapura, Digital Halo Pte Ltd. -( The Edge, NST, The Edge)

Sementara itu, UEM Sunrise Bhd pada hari selasa mengumumkan penjualan dua bidang tanah seluas 28.9 ekar di Iskandar Puteri kepada syarikat pusat data. Meskipun nama syarikat tersebut tidak didedahkan, Singapore Telecommunications Ltd dilaporkan antara calon terdekat berikutan pengumumannya untuk menubuhkan pusat data di Iskandar Puteri. – The Edge

Pada masa sama, Microsoft Payment dilaporkan memperoleh tanah seluas 123 ekar di Kulai, Johor menerusi perjanjian jual beli bersyarat dengan EcoWorld yang bernilai RM402.3 juta bagi pembangunan pusat data. Manakala, pada bulan lepas, Paragon Globe Bhd telah memeterai perjanjian jual beli tanah seluas 48 ekar dengan syarikat China di Malaysia, Bridge Data Centres Malaysia IV Sdn Bhd.  – (The Edge, Data Center Dynamics, The Star )

Bagi memudah cara aktiviti jual beli tanah oleh syarikat hartanah dan syarikat pusat data, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) dilaporkan akan membangunkan insentif khas untuk pusat data AI. Menurut Tengku Zafrul, Majlis Pelaburan Negara telah bersetuju supaya MIDA menyediakan rangka kerja insentif, termasuk penggunaan peralatan cekap tenaga dan air, serta tenaga boleh diperbaharui yang mencukupi untuk memudahkan pelaburan pusat data AI di Malaysia. – The Edge

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

YTL Ambil Alih Ekuiti Bumiputera dalam Ranhill, Perkukuh Kedudukannya dalam Sektor Air & Elektrik di Johor dan Sabah

Next Post

BRI dan PGII : Perbandingan Inisiatif Infrastruktur Global oleh China dan amerika Syarikat

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Fokus adalah komuniti penulisan bebas dan tidak bermatlamatkan keuntungan.
Oleh itu, kami membuka ruang untuk individu-individu yang berminat menyumbang terutamanya bagi membantu kami dari sudut operasi.

Skip to content