Turki Sedia Hulur Bantuan Atasi Krisis Greece

copyright_aabadoluajansi_2015_20150630181214

PM Davutoglu berkata kerajaan Turki bersedia untuk mengadakan mesyuarat kerjasama peringkat tinggi dengan Greece, berhubung aspek pelancongan, tenaga, dan perdagangan.

ANKARA

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu telah menyatakan kesediaan Turki untuk membincangkan langkah-langkah bersama untuk membantu Greece bertahan dalam menghadapi krisis kewangannya.

“Kami bersedia untuk melakukan perkara yang perlu sebaik mungkin agar kita boleh bekerjasama dalam bidang-bidang termasuk pelancongan, tenaga, dan perdagangan,” katanya kepada mesyuarat ahli parlimen AKP di Ankara.

Beliau berkata bahawa Turki akan menghubungi kerajaan Greek secepat mungkin untuk mengadakan mesyuarat kerjasama peringkat tinggi untuk mempertimbangkan langkah-langkah kerjasama dalam mengatasi krisis kewangan selepas kerajaan baru Turki terbentuk.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker mengancam Greece untuk mengusir negara itu dari sistem matawang euro dan Kesatuan Eropah pada hari Isnin lepas. Dalam ucapan penuh emosi, Juncker berkata bahawa undian ‘tidak’ dalam referendum itu membawa makna Greece tidak berhasrat untuk kekal sebagai sebahagian daripada blok perdagangan.

Sebagai tindak balas kepada ancaman EU, Menteri Kewangan Greece; Yanis Varoufakis berkata pada hari Selasa bahawa kerajaannya akan menyaman Suruhanjaya Eropah bagi pengenaan kawalan modal ke atas bank-bank, dan tindakan pengusiran daripada sistem matawang euro.

Sebelum itu, lewat pada hari Isnin, Perdana Menteri Alexis Tsipras memberitahu rakyat Greece dalam ucapan di televisyen bahawa kerajaannya tidak akan bertahan mengundi ‘ya’ bagi referendum bailout yang bakal diadakan pada hari Ahad.

“Jika (rakyat Greece) mengundi ‘ya’, saya akan benar-benar hormati keputusan referendum itu tetapi saya tidak akan berkhidmat untuknya,” kata Tsipras. “Saya bukan seorang Perdana Menteri yang tidak berpendirian. Saya akan menghormati keputusan itu dan melakukan persiapan yang sebaiknya seperti yang digariskan oleh Perlembagaan dan parlimen.’

Pada pagi Selasa, Greece masih lagi belum membuat bayaran sebanyak € 1.6 bilion ($ 1.8 bilion) sepertimana yang ditetapkan oleh International Monetary Fund (IMF). Hal ini menyebabkan Greece berada dalam formal default, dan tidak layak untuk mendapat bantuan lanjut daripada IMF.

Menteri EU Turki: Krisis Greece menjejaskan Turki

Menteri EU Turki, Bozkir berkata bahawa Ankara mengikuti perkembangan di Greece secara teliti.

Krisis kewangan di negara jiran Greece pastinya akan memberi kesan kepada Turki, Menteri Kesatuan Eropah Turki, Volkan Bozkir.

Bozkir kepada Agensi Anadolu bahawa Turki meneliti perkembangan di Athens , sambil menambah bahawa Turki sedang mencari penyelesaian bagi mengatasi krisis kewangan Greece.

Bozkir berkata tiada apa-apa di atas meja [perjanjian atau persetujuan] untuk menyediakan bantuan kewangan kepada Greece. “Selain itu, tidak ada permintaan (dari Athens),” tambah Bozkir.

 

Sumber : AA [1][2]

Farris Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Turki Lantik Speaker Parlimen Baru

Next Post

Apa anda perlu tahu tentang AIIB?

Related Posts
Skip to content