Universiti Malaya (UM) menerima geran penyelidikan berjumlah RM10,000 daripada United Malacca Berhad (UMB) bagi menjalankan kajian berkaitan sejarah pendidikan sekolah rendah Cina yang dikatakan berusia lebih seratus tahun di Melaka.
Majlis penyerahan cek cura disempurnakan oleh Pengerusi UMB, Datin Paduka Tan Siok Choo, diiringi Ketua Pegawai Eksekutif, Young Lee Chern, serta Pengawal Ladang (Semenanjung), Low Fook Sin. – Bharian
Projek penyelidikan itu diketuai oleh Dr Florence Kuek bersama rakan penyelidik Dr Yeoh Yin Yin dan Dr Lee Kean Yew, manakala Chong Zi Tong bertindak sebagai pembantu penyelidik. – Bharian
Dr Florence Kuek dari Jabatan Pengajian Cina, Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, berkata kerjasama ini bukan sahaja mengukuhkan kapasiti penyelidikan kami, malah memastikan warisan pendidikan dan masyarakat majmuk Malaysia terus dikaji, didokumentasikan dan diingati. – The Star
Pada majlis penyerahan itu, pengerusi UMB Datin Paduka Tan Siok Choo mengenang minat mendalam datuknya, Tun Tan Cheng Lock, terhadap pendidikan di Tanah Melayu, termasuk pendidikan Cina. – The Star
Selain itu, beliau turut menegaskan keperluan untuk kajian akademik terhadap Tokong Cheng Hoon Teng di Melaka, yang merupakan tokong Cina tertua di Malaysia. – The Star
“Tun Tan Cheng Lock pernah berkhidmat sebagai pemegang amanah dan berusaha meluluskan Cheng Hoon Teng Temple Incorporation Ordinance pada September 1949, menjadikannya satu-satunya tokong di Malaysia yang dilindungi melalui undang-undang,” ujarnya. – The Star
Antara bidang lain yang diketengahkan oleh Siok Choo sebagai mempunyai potensi penyelidikan tinggi termasuklah industri getah negara serta sektor perbankan dan kewangan, yang menyaksikan penyertaan awal komuniti Cina. – The Star
Siok Choo turut menyentuh potensi pembangunan Melaka yang lebih luas daripada sekadar pelancongan, dengan menyeru agar diteroka ruang inovasi ekonomi dan kebudayaan yang lebih pelbagai. – The Star
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab