Video: Polis Hungary Beri Makan Pelarian ‘Macam Binatang’

http://https://www.youtube.com/watch?v=4IKRQPsGxus

Sebuah klip video baru sahaja disiarkan yang jelas menunjukkan bagaimana pihak polis di Hungary mengedarkan makanan kepada pelarian dalam cara yang tidak beretika, justeru menimbulkan kemarahan organisasi hak asasi manusia di seluruh dunia.

Video yang dimuat naik ke laman Youtube Khamis lalu memaparkan perbuatan polis Hungary yang mencampak bungkusan makanan yang berisi roti dan sandwich ke arah pelarian-pelarian di sebalik pagar besi di sebuah kem pelarian Roszke.

“Apa yang mereka lakukan adalah tidak berperikemanusiaan. Pelarian-pelarian tersebut ternyata tidak akan berebut makanan jika bukan kerana mereka kebuluran,” kata Michaela Spritzendorfer, seorang sukarelawan Austria yang merakam perbuatan polis Hungary berkenaan Rabu lalu.

Spritzendorfer dan rakan aktivisnya, Klaus kufner telah melawat kem pelarian tersebut untuk menyediakan makanan, pakaian dan ubat-ubatan.

“Ianya seperti binatang di dalam sangkar, seperti di Guantanamo di Eropah,” Kufner menambah.

Awal minggu ini, agensi pelarian PBB (UNHCR) telah menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan pelarian di kem Roszke.

 

Pasangan pelarian Iraq, Ahmad dan Alia beserta bayi mereka yang berusia 4 bulan, Adam sedang merentasi sempadan Serbia-Hungary 1 September yang lalu (sumber: AFP)
Pasangan pelarian Iraq, Ahmad dan Alia beserta bayi mereka yang berusia 4 bulan, Adam sedang merentasi sempadan Serbia-Hungary 1 September yang lalu (sumber: AFP)

Layanan kasar polis Hungary terhadap pelarian telah menimbulkan kemarahan buat komuniti antarabangsa dan pejuang hak asasi manusia.

Akhir Ogos lalu, kerajaan Hungary telah pun mengeluarkan perintah untuk memasang pagar besi yang tajam sepanjang sempadan selatannya dengan Serbia bagi menghalang kemasukan pelarian yang begitu banyak. Malah, Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban telah pun menetapkan tarikh akhir untuk pagar setinggi 4 meter untuk dipasang di sempadan negara tersebut.

Hungary merupakan kawasan transit bagi beribu pelarian yang datang dari kawasan bergolak di Timur Tengah dan Afrika yang cuba untuk pergi ke Eropah Barat.

Baru-baru ini, PBB telah mengumumkan bahawa terdapat 7,600 pelarian dari Syria yang memasuki Macedonia dari Greece antara 6 petang Rabu sehingga 6 petang Khamis sahaja.

 

Terjemahan oleh: Nur Hanis

Sumber: PressTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kanak-Kanak Pelarian Syria Didera, Dirogol dalam Perjalanan ke Sweden

Next Post

Krisis di Syria: Imperialisme Amerika Syarikat

Related Posts
Skip to content