Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata pembeli dari China merupakan kumpulan pembeli asing terbesar dengan 329 transaksi bernilai RM834.65 juta, diikuti Singapura dengan 320 transaksi (RM518.27 juta) dan India dengan 47 transaksi (RM87.16 juta). – The Star
Beliau berkata bukan warganegara melakukan 913 transaksi bernilai RM1.904 bilion, bersamaan 0.76% daripada keseluruhan transaksi dan 3.8% daripada jumlah nilai transaksi, menurut laporan Residential Property Transactions by State and Ethnic Group, Malaysia, H1 2025. – The Star
Meskipun begitu, pasaran hartanah kediaman di Malaysia kekal didominasi pembeli tempatan, dengan transaksi melibatkan bukan warganegara mencatat kurang 1% daripada keseluruhan jumlah pada separuh pertama tahun ini, kata Nga Kor Ming. – The Star
“Sebaliknya, warganegara Malaysia mencatatkan 119,394 transaksi bernilai RM47.47 bilion. – The Star
“Angka-angka ini jelas menunjukkan bahawa pasaran hartanah tempatan terus didominasi pembeli domestik,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen bertarikh Isnin (17 Nov). – The Star
Terdahulu, tahun 2024 menyaksikan lonjakan minat warga China untuk membeli rumah mewah di Malaysia, khususnya di kawasan utama Kuala Lumpur iaitu Central Business District (CBD), seperti Bukit Damansara, Bangsar, dan Kenny Hills. – Fokus
Menurut laporan daripada beberapa firma hartanah tempatan, bilangan warga China yang ingin membeli hartanah di Malaysia meningkat sebanyak 42% pada suku pertama 2024 berbanding suku sebelumnya. – Fokus
Kashif Ansari, Ketua Pegawai Eksekutif Juwai IQI, mendedahkan bahawa peningkatan ini menyumbang kepada pertambahan pembelian rumah oleh pembeli China yang kini merupakan segmen terbesar pembeli asing di Malaysia. – Fokus
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab