6 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Konflik Greece

Cve

Masalah yang sedang berlaku di Greece telah sampai ke kemuncak. Hujung minggu lalu badan kepimpinan Syriza; parti yang memenangi pilihanraya lepas telah menawarkan referendum kepada penduduk-penduduk Greece sama ada adakah mereka bersetuju untuk menerima langkah-langkah penjimatan – termasuk dengan memansuhkan duit pencen dan perbelanjaan sektor awam serta pemansuhan kawalan pasaran buruh -sebagai syarat untuk mendapatkan dana  bagi membayar semula hutang Greece.

Namun, terdapat 6 perkara yang perlu dijelaskan bagi memahami situasi sebenar yang berlaku pada Greece sebelum kita menilai mana satu langkah yang perlu diambil oleh negara tersebut bagi membaikpulih keadaan ekonomi mereka.

1.Kenapa Greece tidak perlu membayar hutang mereka?

Analogi yang diberikan cukup mudah- apabila seorang individu meminjamkan wang kepada individu lain dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan, mereka perlu mengambil risiko, sama seperti individu yang meminjam wang. Disebabkan kedua-dua pihak sanggup mengambil risiko kerana berharap agar memperoleh keuntungan pada masa hadapan, mereka juga sepatutnya sama-sama berkongsi tanggungjawab tersebut.

Malangnya, kedua-dua pihak iaitu bank-bank Eropah selaku peminjam hutang dan institusi politik yang mana telah melaksanakan polisi yang menjalankan pengurusan kewangan secara tidak selamat, masing-masing tidak ingin bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku pada Greece. Sementara perkhidmatan awam dilupuskan, ekonomi di Greece terus merudum kerana tiada pihak selain Greece sanggup untuk memikul tanggungjawab atas kegagalan ini.

Majoriti daripada hutang Greece sebanyak 78% telah dipinjam dari Troika yang terdiri daripada IMF, EU Commission dan European Central Bank. Institusi-institusi ini pula memberi hutang kepada kerajaan Pasok supaya mereka dapat membayar semula kepada Greece dan bank-bank asing yang telah meminjamkan wang mereka kepada negara-negara Eropah dengan sewenang-wenangnya sebelum bermulanya krisis kewangan di seluruh dunia pada tahun 2008-2009.

Ketika mereka sedar bahawa ramalan mereka tentang perkembangan ekonomi di Greece dan Ireland tidak seperti yang dijangka, mereka meminta agar hutang mereka dibayar dengan segera. Kejadian ini telah menjadi punca kepada krisis hutang dan ekoran daripada kejadian tersebut, Greece turut memohon untuk membuat pinjaman yang dapat menyelamatkan mereka daripada krisis kewangan tersebut.

 

2. Greece tidak perlu berhutang untuk bersaing

Semua negara berhutang atas tujuan pelaburan bagi ekonomi masing-masing dan untuk bersaing dengan negara-negara lain. Pada 2009, ekonomi Eurozone yang lebih kecil seperti Greece, Portugal, Ireland dan Sepanyol telah dibebani dengan hutang yang tinggi kerana pinjaman yang dibuat tidak mampu menjadikan cita-cita mereka untuk bersaing tercapai. Seperti yang dilaporkan oleh Costas Lapavitsas, puncanya adalah kerana kerajaan Jerman telah membekukan gaji supaya dapat bersaing dengan negara seperti Greece. Dengan kelebihan ekonomi dan teknologi yang Jerman miliki, Jerman tetap akan berada di tangga tertinggi walaupun jumlah gaji yang rendah. Hasilnya, Greece mengalami kerugian perdagangan yang tinggi yang bersamaan dengan keuntungan perdagangan Jerman.

3. Greece hanya perlu bersetuju dengan syarat yang ditawarkan

Di Greece, kebanyakan wang yang disediakan oleh IMF akan terus disalurkan ke dalam peti simpanan bank multinasional. Seperti dalam kes yang dialami Greece, SAPs (Structural Adjustment Programmes) penswastaan perniagaan, liberalisasi kewangan dan pemasaran, penjimatan kerajaan serta pemansuhan hak-hak pekerja. Perkara-perkara ini ternyata bertentangan dengan polisi yang diharapkan oleh penduduk Greece ketika memilih Syriza ketika mengundi.

Peraturan yang disertakan dalam pinjaman IMF sememangnya merupakan sesuatu yang dibenci oleh mereka yang berhaluan kiri. Bekas Ketua Ekonomi Bank Dunia, Joseph Stiglitz turut mengkritik kesan yang bakal diperoleh daripada pinjaman bersyarat IMF yang mana hanya menguntungkan institusi kewangan dunia. Ekonomis berhaluan kanan yang pernah bersetuju dengan IMF sebelum ini juga menentang syarat yang dikenakan oleh mereka terhadap Greece.

greece-crisis-imf

4. Mengapa Greece tidak mengatasi masalahnya sendiri?

Troika kini sedang giat menghalang Greece daripada menguruskan ekonominya sendiri dengan menguatkuasakan penjimatan dan mengakibatkan kesan negatif terhadap kadar perkembangan ekonomi. Disebabkan ketiadaan bank pusat di Greece, jadi Greece tidak boleh menggunakan polisi kewangan untuk mengelak daripada kemelesetan yang berlaku.

Oleh itu, sewaktu rundingan antara pihak kerajaan dan Troika berlangsung, pihak kerajaan telah meminta dari Troika untuk diberi pelepasan hutang bagi membuka ruang kepada Greece untuk menjalankan pelaburan. Namun keseluruhan Eurozone telah menolak polisi tersebut kerana ingin meneruskan pemansuhan terhadap pelaburan dan perkhidmatan awam.

5. Adakah parti pimpinan Greece, Syriza telah mencuba bermacam-macam cara untuk kekal dalam Eurozone?

Pada awal tahun ini, Syriza telah terpilih sebagai pimpinan kerajaan dengan mandat untuk mengurangkan kesan penjimatan sementara dan mengekalkan Greece dalam Eurozone. Walaupun ditentang oleh beberapa individu dalaman, kepimpinan Syriza tetap dengan misi tersebut, seterusnya menentang kehendak pihak pemberi hutang.

Namun baru-baru ini, Syriza mula menerima kompromi dengan melanjutkan cara penjimatan yang pernah ditentangnya bagi memperoleh dana untuk menyelamatkan masalah kewangan yang dialami. Greece berkemungkinan bakal menghadapi tekanan yang berterusan kerana institusi-institusi tersebut tidak menawarkan kemudahan seperti pelepasan hutang mahupun dana untuk pelaburan.

6. Kenapa warga dunia perlu kisah dengan konflik Greece?

Rundingan antara Syriza dan Troika telah membuktikan kepada dunia tentang keengganan institusi yang bukan demokratik seperti EU dan IMF dalam menghormati kehendak demokratik negara bangsa berdaulat. Tambahan lagi, keengganan Troika untuk menggabungkan pembayaran hutang dengan pembangunan ekonomi menunjukkan bahawa pentingnya untuk menghasilkan strategi politik dan ekonomi yang dapat membawa kita keluar daripada paradigma ekonomi neoliberal yang dicanang oleh sesetengah institusi dunia.

Disusun oleh: Wan Nur Khairunnisa

Sumber: WNM

 

1 comment
  1. Adakah anda perkara yang telah mendapat pinjaman segera? Anda serius yang memerlukan pinjaman segera untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda dalam hutang? Ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda, kami memberi pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman korporat dan semua jenis pinjaman dengan faedah 2% untuk maklumat lanjut hubungi kami melalui e-mel ([email protected])

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel: 99 Pencabulan Hak Pejuang Palestin!

Next Post

Kenapa Malaysia Perlu Menolak TPPA (siri 4)

Related Posts
Skip to content