Menteri luar Palestin gesa hentikan cubaan Israel untuk memisahkan Al-Aqsa

373929_Israel-Al-Aqsa Mosque

Jerusalem, 21 April 2015, Menteri luar Palestin sekali lagi menyeru badan-badan Islam Antarabangsa untuk menghentikan usaha Israel untuk memisahkan Masjid Al-Aqsa secara berperingkat.

Dalam satu kenyataan yang disediakan kepada Agensi Anadolu pada Isnin lalu, Menteri luar Palestin mengutuk kerajaan Haram Israel, kerana ketenteraan dan keselamatan Israel memudahkan pelampau yahudi memecah masuk ke dalam Masjid Al Aqsa.

Menteri Luar Palestin telah beberapa kali memberi amaran kepada Dunia Arab dan Islam serta masyarakat antarabangsa kesan dari Dasar Rasmi Israel  yang bertujuan semata-mata untuk menguasai Masjid Al Aqsa dan memisahkannya secara berperingkat.

Kementerian Luar Palestin menegaskan lagi, kesan dari kebisuan masyarakat antarabangsa terhadap pelanggaran Israel di Jerusalem secara umum dan di Masjid Al Aqsa secara khusus menggalakkan lagi kerajaan haram Israel untuk terus biadap melanggar undang-undang antarabangsa dan konvensyen Geneva.

Kementerian itu menuntut masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan segera untuk menghentikan tindakan biadap Israel yang memecah masuk dan memisahkan Masjid Al Aqsa, serta mengambil tindakan yang perlu dan dijamin oleh undang-undang antarabangsa untuk menahan mereka yang bertanggungjawab dan menghalang para rasis dan para pelampau.

Beberapa tahun ini, Masjid Al Aqsa telah menjadi mangsa kerakusan Israel dengan terjadinya serbuan oleh peneroka-peneroka yahudi yang berada di bawah perlindungan polis Israel.

 

Oleh: Firdaus Sulaiman

Sumber: Middle East Monitor

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiang Seri kepada Perlembagaan Persekutuan

Next Post

Pakatan Pimpinan Arab Saudi Umum Henti Serangan Udara ke atas Yaman.

Related Posts
Skip to content