Israel Punca Amerika Tolak Dokumen Pelucutan Senjata Nuklear

2015-635679803538215984-821

Amerika Syarikat menghalang dokumen sejagat yang bertujuan membersihkan bumi daripada senjata nuklear. Amerika juga menuduh Mesir dan beberapa negara lain sebagai cuba untuk “memanipulasi secara sinis” proses tersebut dengan menetapkan tarikh akhir dalam tempoh beberapa bulan bagi Israel dan sekutunya , ke arah mencapai matlamat zon bebas senjata nuklear Timur Tengah.

Dokumen persidangan semakan perjanjian yang telah gagal ini menggesa Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) supaya Timur Tengah kembali bersidang sebeum Mac 2016, sama ada Israel dan sekutunya setuju atau tidak dengan agenda itu.

Israel walaubagaimanapun bukanlah ahli dalam Perjanjian Senjata Bukan Nuklear dan tidak pernah mengumumkan secara terbuka mengenai program senjata nuklearnya. Persidangan ini akan memaksa Israel untuk mengakuinya.

Memandangkan penerimaan dokumen akhir memerlukan konsensus(persetujuan bersama), penolakan oleh Amerika dengan sokongan Britain dan Kanada, mengakibatkan keseluruhan pelan tindakan untuk tempoh lima tahun ke hadapan tersebut tidak dapat dilaksanakan selepas empat minggu rundingan berlangsung. Persidangan seterusnya adalah pada tahun 2020.

Hal demikian mencemaskan negara-negara tanpa senjata nuklear yang semakin kecewa melihat kelambatan negara-negara bersenjata nuklear untuk melucutkan senjata. Amerika dan Rusia memegang lebih daripada 90 peratus senjata nuklear dunia yang dianggarkan berjumlah 16,000.

Di tengah-tengah kebangkitan gerakan-gerakan yang memperjuangkan kesan senjata nuklear kepada manusia, Austria mengumumkan bahawa 107 buah negara telah menandatangani komitmen untuk menyeru tindakan undang-undang bagi mengharamkan dan menghapuskan tenaga nuklear.

Amerika memberikan maklum balas selepas menghantar pegawai tinggi Jabatan Negara ke Israel untuk perbincangan mendalam apabila Israel membantah cubaan untuk memaksanya terlibat dalam persidangan bersama negara Arab lain tanpa persetujuan Israel terhadap agenda yang ingin disepakati.

Israel sebelum ini berang apabila Amerika menandatangani dokumen zon bebas senjata nuklear Timur Tengah pada tahun 2012 dalam sidang yang sama.

Rose Gottemoeller, Setiausaha Kawalan Senjata dan Keselamatan Antarabangsa Amerika, menyebut dalam dokumen penolakan tersebut, ” tidak bersesuaian dengan polisi kami selama ini.”

Beliau turut menuduh Mesir sebagai salah satu negara yang “mencetuskan suasana tidak tenteram.”

Mesir kemudiannya meluahkan rasa kecewa dan memberi amaran, “ Hal ini akan memberi kesan kepada dunia Arab dan pandangan umum.”

Iran yang berkata bagi pihak lebih daripada 100 buah negara-negara membangun, melahirkan rasa terkejut atas tindakan Amerika, Britain dan Kanada yang sanggup menolak keseluruhan dokumen semata-mata mahu mempertahankan negara yang telah membahayakan keselamatan serantau kerana tidak bersetuju dengan kawalan keselamatan program nuklearnya.

Israel juga mengecam keras usaha kuasa dunia untuk berunding dengan Iran berkenaan program nuklearnya, yang menurut Iran dibangunkan untuk tujuan keamanan semata-mata.

Gottemoeller pada masa yang sama turut menekankan bahawa mandat 2010 untuk mengadakan persidangan zon bebas nuklear Timur Tengah telah lupus. Ketua delegasi Rusia, Mikhail Ulyanov, yang peka dengan keputusan yang tidak memberangsangkan ini berkata, “adalah sesuatu yang memalukan apabila peluang berdialog telah terlepas dan mungkin mengambil masa yang lama untuk berkumpul semula.”

Sumber: Ahram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rejim Israel Penjara Rakyat Palestin sebab Facebook

Next Post

Malaysia Temui Kubur yang Dipercayai Tertanamnya Pelarian Rohingya dan Bangladesh

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content