Kanak-Kanak Pelarian Syria Didera, Dirogol dalam Perjalanan ke Sweden

 

 

 

Kanak-kanak pelarian Syria didera dan dirogol sepanjang perjalanan ke Sweden menurut laporan wartawan Reuters.

Agensi media tersebut melaporkan kira-kira 700 pelarian kanak-kanak tiba setiap minggu tanpa ibubapa di Sweden, kebanyakan daripada mereka cedera dalam kemalangan manakala yang lain menanggung penderitaan fizikal dan psikologi akibat penderaan atau menjadi mangsa rogol oleh penyeludup.

Pekerja di pusat transit Malmo yang menjaga kanak-kanak yang berseorangan berkata kepada Reuters bahawa sebahagian kanak-kanak tiba dengan kecederaan di kepala atau patah tulang.

“Often these are suffered when they fall from trucks on which they are trying to stow away. But the injuries can also be inflicted by the very smugglers that their parents have paid to take them to safety in northern Europe,” lapor Reuters.

“Some children, for example, suffer from hearing loss after they have been slapped over the ears during a journey which includes a lethally dangerous sea crossing to Europe on rafts or in boats, many of which are not seaworthy.”

Pengerusi pusat tersebut, Kristina Rosen berkata, “Kita juga menerima ramai yang datang melalui Libya termasuk mereka yang telah menaiki kapal yang karam.

Seorang kanak-kanak tanpa pendamping melihat adiknya lemas di Laut Mediterranean; pekerja di pusat tersebut menganggarkan separuh dari kanak-kanak tersebut memerlukan rawatan psikologi pada masa akan datang.

“Apa yang paling mengejutkan adalah apabila mereka tiba, mereka dalam keadaan yang tersangat letih dan kebuluran” kata Rosen

Hampir 92 peratus dari kanak-kanak yang mencari perlindungan tersebut berumur lingkungan 13-17 tahun.

Terjemahan oleh: Amirul Asyraf

Sumber: PressTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rakyat Palestin Dikerah Membayar 10 Juta USD kepada Rakyat Amerika yang Terkorban di Israel

Next Post

Video: Polis Hungary Beri Makan Pelarian ‘Macam Binatang’

Related Posts
Skip to content