TVET: Malaysia Jadi Pembekal Tenaga Mahir Kepada Syarikat China, Sasar Tenaga Pengajar Malaysia Ikut Piawaian Industri China

Seramai 2,500 belia Malaysia dijangka dihantar ke China tahun depan untuk mengikuti latihan TVET di institusi dan industri terkemuka, susulan keutamaan pelabur China yang lebih gemar mengambil graduan yang telah menjalani latihan di negara itu sebagai tenaga mahir di Malaysia. 

“Tahun lalu, 5,125 penempatan latihan ditawarkan kepada belia Malaysia di China, meningkat daripada 2,500 pada awalnya. Tahun ini, kita menjangka angka itu meningkat kepada 5,000 penempatan,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – MalayMail

Beliau, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Pengerusi Majlis TVET Negara, menegaskan kadar kebolehpasaran graduan TVET Malaysia yang menjalani latihan di China adalah 100 peratus. – MalayMail

“Syarikat-syarikat China yang melabur di Malaysia komited mengambil graduan terlatih dari China, manakala data menunjukkan 54.7 peratus lepasan sekolah berminat menceburi bidang TVET,” tambahnya. – MalayMail

Ahmad Zahid melancarkan Perikatan Industri-Pendidikan TVET Malaysia-China (MC-IEA), bagi memperkukuh kerjasama institusi dan industri melalui pendekatan “Latihan–Internship–Penempatan Kerja”.  – Berita.RTM

Antara sektor yang terlibat ialah rel transit oleh China Railway State Asset Management Co Ltd, e-dagang dan logistik oleh SF Express, keselamatan siber oleh Hangzhou Anheng Information Technology Co Ltd, serta syarikat lain termasuk Huawei Technologies Co Ltd, Chery Automobile Co Ltd dan Isoftstone Information Technology (Group) Co Ltd. – MalayMail

Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan Persatuan Pekerja Mahir Kebangsaan (BELIA MAHIR) sebagai rakan strategik rasmi Pusat Pensijilan Profesional dan Teknikal Global China (CGPTC) di Malaysia, membolehkan pelaksanaan laluan dwi-pensijilan serta akreditasi tenaga pengajar Malaysia mengikut piawaian industri China.

“Sasaran bagi 2026 ialah melahirkan 2,000 rakyat Malaysia yang diiktiraf dengan pensijilan profesional China”. – MalayMail

“Sebagai sebahagian daripada kerjasama berterusan, kedua-dua negara bersetuju menubuhkan Program Latihan Satelit Malaysia-China melibatkan 10 institusi TVET China dan tiga institusi Malaysia, termasuk Kolej TVET Belia Mahir, Pure Technic Skills College dan MCITVET,” katanya. – Berita.RTM

Disediakan oleh:

Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perang Ekonomi AS-China Memuncak: Dari Sekatan Teknologi ke Kawalan Sumber dan Pelabuhan

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.