Langkau ke kandungan
Radar 1 minit bacaan Oleh fokusmyadmin

Ahli Parlimen KL Usul RUU Pinda Akta Ibu Kota Persekutuan, Dijangka Perluas Pengaruh DAP di Bandar

Persoalan

Apakah yang dicadangkan dalam RUU Persendirian untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan?

Kenapa ia penting

Ahli Parlimen Kuala Lumpur mencadangkan seksyen baharu 5B untuk mewujudkan majlis DBKL yang dipengerusikan Datuk Bandar dan dianggotai dua wakil yang dicalonkan setiap Ahli Parlimen. Langkah ini selari dengan desakan DAP Wilayah Persekutuan sejak 2023 untuk mewujudkan sistem ahli majlis dan mengehadkan kuasa datuk bandar. Lima daripada 11 Ahli Parlimen di Kuala Lumpur adalah wakil DAP.

Ahli Parlimen Kuala Lumpur mengemukakan RUU Persendirian untuk memperkenalkan sistem ahli majlis di DBKL, langkah yang dilihat berpotensi menguatkan lagi pengaruh DAP di bandar raya itu.

Dalam sidang media di Dewan Rakyat pada Khamis, ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pindaan tersebut dibuat susulan syor yang dikemukakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Ogos lalu. – MalaysiaKini

“Perubahan utama RUU ini adalah seksyen baharu 5B yang kita cadangkan, akan ada seksyen tentang keanggotaan majlis. Sinar harian

“Kita akan mewujudkan majlis bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Keanggotaan terdiri daripada Datuk Bandar yang menjadi Pengerusi dan dua anggota yang hendak dicalonkan oleh setiap ahli Parlimen bagi mewakili kawasan mereka. Sinar harian

“Calon tersebut hendaklah dilantik oleh menteri yang bertanggungjawab ke atas Kuala Lumpur,” katanya. Sinar harian

Hadir sama adalah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan; Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai (Cheras) dan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng. MalaysiaKini

Tuntutan itu sebenarnya telah terlebih dahulu dikemukakan oleh DAP Wilayah Persekutuan, yang sejak 2023 lagi mendesak agar pilihan raya PBT dimulakan di Kuala Lumpur dan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 dipinda bagi mewujudkan sistem ahli majlis serta mengehadkan kuasa datuk bandar. – Bharian, Sinar Harian

Pada ketika ini, lima daripada 11 Ahli Parlimen di Kuala Lumpur adalah wakil DAP, manakala lima lagi daripada PKR dan satu daripada UMNO. Parlimen.Gov

Disediakan oleh:

Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditanda *