Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Isnin (24 November) telah menandatangani satu Perintah Eksekutif untuk memulakan proses melabel mana-mana cawangan Ikhwanul Muslimin, termasuk di Mesir, Lubnan dan Jordan sebagai foreign terrorist organizations (FTO) dan specially designated global terrorists (SDGT). – White House
Dalam kenyataan yang dikeluarkan White House, Trump mengarahkan Setiausaha Negara, Marco Rubio, dan Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent, untuk menjalankan proses tersebut dan mengemukakan laporan — yang akan mengambil masa kira-kira 30 hari. – White House
Bagaimanapun, proses itu dikatakan hanya bersifat formaliti, dan pelabelan boleh dibuat lebih awal. – AlJazeera
Perintah Eksekutif tersebut juga membuka ruang untuk cawangan Ikhwanul Muslimin lain (selain Mesir, Lubnan, dan Jordan) turut disenaraihitamkan. – AlJazeera
Seterusnya, perintah itu mengarahkan kedua-dua setiausaha berkenaan untuk melaksanakan sebarang pelabelan dalam tempoh 45 hari selepas laporan itu dikemukakan. – White House
Trump menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga justifikasi kepada Perintah Eksekutif itu yang dikatakan berkaitan dengan tindakan Ikhwan Muslimin menyokong Hamas pasca 7 Oktober.
Perintah itu menuduh pemimpin Ikhwanul Muslimin di Jordan memberikan “sokongan material” kepada Hamas, manakala cawangan Lubnan – dikenali sebagai al-Jamaa al-Islamiya – didakwa menyebelahi Hamas dan Hezbollah dalam perang mereka dengan Israel. – White House
Perintah itu turut mendakwa seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir telah “menggesa serangan ganas terhadap rakan dan kepentingan Amerika Syarikat” sepanjang perang Israel di Gaza. – White House
Namun, tidak jelas dakwaan mana yang dirujuk oleh Rumah Putih. Ikhwanul Muslimin telah diharamkan di Mesir dan kebanyakannya beroperasi secara tertutup.
“Presiden Trump sedang menangani rangkaian transnasional Ikhwanul Muslimin yang memacu keganasan serta kempen destabilisasi terhadap kepentingan dan sekutu AS di Timur Tengah.
Perintah Eksekutif itu bertujuan menumpaskan keupayaan dan operasi mana-mana cabang yang ditetapkan, sekali gus memutuskan sumber kewangan mereka dan menamatkan sebarang ancaman terhadap warga Amerika serta keselamatan negara. ” menurut kenyataan Rumah Putih.” – White House
Pelabelan itu akan menjadikan sebarang bentuk sokongan material kepada kumpulan tersebut sebagai satu kesalahan jenayah. – AlJazeera
Ia juga akan menghalang ahli semasa dan bekas ahli kumpulan itu daripada memasuki AS, dan memungkinkan sekatan ekonomi untuk menyekat aliran kewangan mereka. – AlJazeera
Langkah itu susulan tindakan Gabenor Texas, Greg Abbott, yang baru-baru ini menetapkan Ikhwanul Muslimin dan Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) sebagai organisasi pengganas. – Gov.Texas
Terdahulu, pada 15 Julai 2025, Senator Ted Cruz telah mengemukakan Rang Undang-undang Penetapan Pengganas Ikhwanul Muslimin 2025, S. 2293 dalam menggesa Presiden Donald Trump dan Setiausaha Negara Marco Rubio menggunakan kuasa statutori mereka untuk mengenakan sekatan ke atas Ikhwanul Muslimin sebagai organisasi pengganas. – TexasGop
Seterusnya, Marco Rubio, dalam satu temu bual pada 12 Ogos 2025 menyatakan bahawa Amerika sedang dalam proses untuk menetapkan Ikhwanul Muslimin, pelbagai cawangannya, serta CAIR sebagai organisasi pengganas. – TexasGop
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab