Malaysia disaran manfaatkan instrumen zakat dan wakaf rawat ekonomi negara

BANGI: Zakat dan wakaf merupakan salah satu instrumen Islam yang mampu menyelesaikan masalah fiskal negara.

Presiden Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS), Prof Madya Dr Aznan Hasan turut memberi gambaran usaha mempelbagaikan pengeluaran zakat kepada penerima sepatutnya termasuk dalam polisi fiskal negara dalam menghadapi krisis seperti COVID-19.

“Sewaktu ekonomi dalam fasa pengembangan, pemberian zakat dapat dikurangkan bagi menutup jurang inflasi. Zakat yang terkumpul di fasa pengembangan ekonomi ini boleh digunakan bagi meningkatkan pemberian zakat kepada mereka yang memerlukan sewaktu ekonomi menguncup dalam situasi pandemik ini.”

“Oleh itu, zakat menjadi instrumen yang melengkapi perbelanjaan kerajaan dan kutipan cukai dalam menstabilkan ekonomi negara,” katanya dalam ucap tama yang bertajuk “Sustainability of Fiscal Policy in Malaysia” dalam persidangan ICRIS 2021 (International Conference on Interdisciplinary and Strategic Studies) anjuran IRIS Institute.

Dr Aznan turut merujuk jumlah kutipan zakat pada tahun 2019 yang bernilai RM3.367 bilion seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

“Sebagai instrumen pelaburan, wakaf juga dapat menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Wakaf berbeza dengan zakat yang penerimanya ditentukan kepada lapan golongan asnaf, instrumen wakaf membolehkan semua masyarakat menikmati manfaatnya tanpa mengira pegangan agama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kemajuan teknologi Barat hari ini hasil penjajahan ratusan tahun

Next Post

Harga yang perlu dibayar dari program Vaksin

Related Posts
Skip to content