MITI SahkanART Terbatal: Trump Cari Alasan Lain Tingkatkan Tarif dan Kawalan Ekonomi Ke atas Malaysia

Pembatalan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) oleh Mahkamah Agung Amerika Syarikat memaksa Presiden Donald Trump beralih kepada mekanisme undang-undang alternatif, seterusnya menyebabkan Malaysia berdepan ancaman tarif yang lebih tinggi.

Keputusan Mahkamah Agung AS membatalkan punca kuasa tarif asal iaitu Akta Kuasa Ekonomi Darurat Antarabangsa 1977 (IEEPA), menjadikan perjanjian ART yang ditandatangani Malaysia tidak lagi relevan.

Mahkamah Agung AS memutuskan bahawa IEEPA tidak memberi kuasa kepada Presiden untuk mengenakan tarif menyeluruh seperti yang dilakukan tahun lalu.

Impaknya, ART yang dimeterai Malaysia-AS pada Oktober 2025 (yang menetapkan tarif 19%) kini terbatal secara teknikal kerana asas tarifnya sudah tidak sah.

Malaysia sendiri belum meratifikasi ART tersebut, dan negara lain seperti EU dan India turut menggantung atau menangguhkan perjanjian perdagangan mereka dengan AS susulan keputusan mahkamah ini.

Sebagai tindak balas, Trump menggunakan Seksyen 122 sebagai langkah segera dan Seksyen 301 sebagai untuk mengekalkan tekanan tarif.

Seksyen 122 (Akta Perdagangan 1974) digunakan sebagai langkah segera untuk mengenakan tarif global sementara sebanyak 10% (kini dinaikkan ke 15%) selama 150 hari tanpa memerlukan kelulusan Kongres.

Trump juga mengguna pakai Seksyen 301 untuk mengenal pasti “amalan tidak adil”.

Ini memberi kuasa kepada Presiden untuk mengenakan tarif lebih tinggi jika sesebuah negara didapati merugikan ekonomi AS.

Sejurus keluar keputusan mahkamah, Trump memberi amaran keras akan mengenakan kadar tarif yang lebih buruk daripada apa yang dipersetujui sebelum ini kepada negara yang cuba menggunakan keputusan mahkamah untuk lari dari komitmen perjanjian sebelum ini.

Menteri MITI, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, mengesahkan AS akan menilai Malaysia berdasarkan empat perkara dalam tempoh lima bulan ini.

Penilaian tersebut merangkumi isu lambakan (dumping), iaitu sama ada produk Malaysia dijual pada harga di bawah harga pasaran di AS. Ia juga melibatkan isu buruh, termasuk kemungkinan penglibatan buruh paksa, pekerja tidak sah atau buruh kanak-kanak dalam rantaian pengeluaran.

Selain itu, penilaian turut meneliti aspek kelestarian alam sekitar bagi menentukan sama ada proses pengeluaran memberi kesan negatif kepada alam sekitar selaras dengan piawaian antarabangsa.

Akhir sekali, isu subsidi kerajaan, yang menilai sama ada pengeksport Malaysia menerima bantuan yang membolehkan mereka menurunkan harga secara tidak adil sehingga menjejaskan industri tempatan AS.

Menurut Johari, penilaian yang dikenakan ke atas Malaysia itu turut dilaksanakan kepada semua 60 syarikat yang berdagang dengan AS.

Sebelum ini, Johari memaklumkan, Malaysia sedang menilai dengan teliti perkembangan dasar terkini di AS termasuk mengkaji skop serta implikasi berhubung tindakan terbaharu Trump yang mengumumkan pelaksanaan tarif sebanyak 10 peratus ke atas barangan import dari semua negara.

Sumber: Astro Awani, Berita Harian, BBC

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Amerika Syarikat dan Israel Gerakkan Kumpulan Pemisah Kurdish untuk Gugat Rejim Iran dari Dalam

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000