Pantauan Berita IRIS
Edisi 28/2026

15 April 2026

[SERANTAU & KESELAMATAN]

Perjanjian Indonesia–AS Tingkatkan Kehadiran AS di Asia, Buka Akses Lebih Pantas ke Selat Melaka dan Laut China Selatan

Penguasaan Iran ke atas Selat Hormuz menunjukkan kepentingan laluan sempit maritim dalam geopolitik global, sekali gus mendorong Amerika Syarikat mempercepat langkah mengukuhkan kehadirannya di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilaporkan bersetuju membenarkan pesawat tentera Amerika Syarikat melakukan penerbangan lintas dan transit melalui ruang udara Indonesia, walaupun Kementerian Pertahanan negara itu menegaskan ia sekadar “Letter of Intent”. – CNN

Dengan adanya pangkalan di Filipina, Singapura, dan Australia, persetujuan ini bakal memberikan pesawat tentera AS kelebihan strategik melalui akses terbuka tanpa gangguan ke koridor penting Laut China Selatan dan Selat Melaka. – Fact Sheet

Melalui kerangka Enhanced Defense Cooperation Agreement (EDCA), AS kini menempatkan ratusan anggota secara bergilir di lokasi strategik Filipina.

Antara lokasi utama ialah Pangkalan Udara Antonio Bautista di Palawan, Pangkalan Udara Basa di Pampanga, Pangkalan Tentera Laut Camilo Osias dan Lapangan Terbang Lal-lo di Cagayan, serta Kem Melchor Dela Cruz di Isabela. – Fact Sheet

Pesawat yang digunakan dalam penempatan bergilir ini termasuk F-16 Fighting Falcon, F-22 Raptor, dron MQ-9 Reaper, C-130 Hercules, C-17 Globemaster III, serta pelbagai jenis helikopter. – Fact Sheet

Sistem persenjataan pula merangkumi senjata berpandu tepat seperti JDAM, peluru berpandu AIM-9 Sidewinder dan AIM-120 AMRAAM, di samping sistem bersepadu bagi risikan, pengawasan, peninjauan (ISR) serta peperangan elektronik. – Fact Sheet

Kehadiran ini memberikan Amerika Syarikat akses penting ke Laut China Selatan dan Selat Luzon.

Di Singapura, Tentera Laut Amerika Syarikat mempunyai Navy Region Center Singapore dengan kira-kira 229 anggota tentera aktif yang ditempatkan secara tetap sehingga Mac 2024. – Fact Sheet

Pada masa sama, Tentera Laut Amerika Syarikat menggunakan Changi Naval Base dan limbungan Sembawang untuk kapal perang permukaan yang singgah di pelabuhan serta sokongan logistik. – Fact Sheet

Sebagai sebahagian daripada penempatan bergilir, Amerika Syarikat turut mengoperasikan Kapal Tempur Litoral (Littoral Combat Ships) dan pesawat rondaan maritim P-8 Poseidon, selain Pangkalan Udara Paya Lebar yang berfungsi sebagai lokasi sokongan bagi penempatan pesawat AS. – Fact Sheet

Pangkalan tersebut tidak menyimpan sistem persenjataan besar secara tetap, sebaliknya berfungsi sebagai hab logistik hadapan, penyelenggaraan dan perluasan capaian operasi. – Fact Sheet

Ia memastikan akses AS ke laluan laut di Selat Melaka serta membolehkan penempatan pantas di seluruh Asia Tenggara.

Di Australia, Amerika Syarikat mengekalkan kehadiran tetap yang terhad, namun menggunakan beberapa pangkalan bagi penempatan bergilir dan latihan bersama. – Fact Sheet

Antara lokasi utama termasuk Pine Gap berhampiran Alice Springs, Stesen Komunikasi Tentera Laut Harold E. Holt, serta peningkatan penempatan bergilir marin di Darwin.

Kira-kira 2,000 hingga 3,000 anggota tentera aktif ditempatkan secara tetap, dengan jumlah yang lebih besar ketika latihan ketenteraan dijalankan.

Senjata dan pesawat yang digunakan adalah secara bergilir, termasuk F-35, F/A-18 serta pesawat sokongan.

Bagaimanapun, tiada tempat simpanan besar untuk sistem persenjataan ditempatkan secara tetap.

Melalui perjanjian dengan Indonesia, masa tindak balas operasi bagi pesawat pengebom, tanker, pengawasan dan pengangkut Amerika Syarikat yang bergerak antara kawasan Lautan Pasifik Barat, Lautan Hindi dan Laut China Selatan akan menjadi lebih cepat secara ketara.

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

Sumber: Abc, Australian Map, Fact Sheet

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Indonesia Pertimbang Beri Tentera Amerika Syarikat Akses Ruang Udara, Risiko Pantuan AS Terhadap Pergerakan Malaysia

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000