Apabila disebut “mempolitikkan badan kehakiman” kita akan terus terfikir akan Iraq di bawah pimpinan Nour Al-Maliki atau Mesir di bawah pemerintahan Abdul Fatah As-Sisi. Ini berbahaya, kadangkala membunuh, satu penyakit yang bukan hanya di Timur Tengah. Tapi sekarang sedang merebak dan mengancam “kesihatan” dan kesejahteraan demokrasi Barat.
Kes bekas Menteri Pertahanan Israel, Shaul Mofaz di United Kingdom dan wartawan Al-Jazeera, Ahmad Mansour di Jerman adalah contoh utama bagaimana “ Sindrom Timur Tengah” ini berfungsi.
Peguam Britain yang bertindak sebagai wakil keluarga Palestin sudah bertahun-tahun cuba untuk mendakwa Mofaz dan suspek jenayah perang Israel yang lain di bawah Akta Konvensyen Geneva 1957. Antara dakwaan jenayah termasuk pembunuhan secara sengaja, penderaan, memusnahkan kediaman dan lain-lain lagi. Walaupun begitu, Mofaz sudah berada di London beberapa hari yang lalu tanpa perlindungan diplomatik.
Beliau tidak ditahan meskipun pencabulan Konvensyen Geneva diklasifikasikan sebagai jenayah kehakiman sejagat. Oleh itu, jenyah ini boleh dicuba di mana-mana sahaja tanpa mengira kewarganegaraan pihak tertuduh atau di mana lokasi jenayah dilakukan. Dalam usaha untuk melindungi suspek Israel,pakatan yang dipimpin golongan Konservatif telah menghantar undang-undang baru pada tahun 2011 yang memberi kuasa veto kepada Pengarah Pendakwaan Awam atau Director of Public Prosecutions (DPP) untuk menghakimi waran penahanan bagi kes-kes jenayah antarabangsa.
Tidak sukar buat para pemerhati dan masyarakat awam untuk menyedari bahawa pertukaran prosedur ini adalah berasaskan perkiraan politik dan tiada kena-mengena dengan undang-undang mahupun keadilan. Bekas Setiausaha Luar, Willam Hague, menjustifikasi perundangan tersebut dengan berkata, “ Kami tidak boleh berada pada posisi di mana ahli politik Israel berasa bahawa mereka tidak boleh lagi melawat negara ini. Situasi ini tidak memberangsangkan dan tidak dapat dipertahankan. Saya betul-betul berniat untuk bertindak lebih cepat.”
Di Jerman, sandiwara politik yang sama terbongkar pada minggu lepas apabila pihak berkuasa menghalang Ahmad Mansour, wartawan Al-Jazeera daripada menaiki pesawat seterusnya menahan beliau. Spekulasi asal yang mengaitkan peristiwa tersebut dengan waran INTERPOL yang diarahkan oleh kerajaan Mesir terbukti tidak benar sama sekali. Mansour telah diberi pelepasan oleh INTERPOL sejak bulan Oktober 2014.Beliau turut menyediakan semua dokumen yang perlu bagi membuktikan perkara tersebut kepada pihak berkuasa Jerman.
Bukti ini walaubagaimanapun mengambil masa dua hari untuk mengetahui sumber sebenar waran tangkap itu. Peguam-peguam Mansour menemui bukti bahawa klien mereka merupakan sasaran kepada perjanjian rahsia dua hala antara kerajaan Jerman dan Mesir. Kerajaan Mesir mahu beliau diekstradisi ke Mesir dan bukan hanya ditahan di Jerman.
Mansour sejak awal lagi telah diyakinkan dengan permulaan insiden ini. Dalam perbualan telefon beliau dengan majikannya yang ditayangkan secara langsung dari Lapangan Terbang Tegal, Berlin, beliau mendakwa bahawa tindakan Jerman membenarkan negara itu dimanipulasi oleh diktator pengkhianat dengan rekod berdarah seperti As-Sisi adalah sangat mencurigakan.
Pembebasan Mansour baru-baru ini bukanlah penamat kepada insiden ini. Hakikatnya, politik Jerman telah didedahkan dan digoncang sehingga ke akar. Pastinya pelopor skandal ini tidak lain dan tidak bukan adalah Canselor Angela Merkel yang menerima lawatan As-Sisi ke Berlin dua minggu sebelum penahanan Mansour. Lawatan penuh kontroversi itu ditentang hebat oleh media Jerman, yang kini dijangka sedang menuntut jawapan dan tindakan bertanggungjawab daripada mereka yang telah memalukan negara dan mengkhianati sistem kehakiman.
Di Britain pula tiada berita berhubung kehadiran As-Sisi ke situ. Sehari selepas rejim beliau menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas presiden, Mohamad Morsi, kerajaan British melanjutkan jemputan kepada As-Sisi untuk melawat London. Dengan kekuatan puak ekstremis dan kecenderungan Islamophobia dalam pimpinan Parti Konservatif, tiada apa yang mengejutkan jika lawatan beliau turut mencetuskan skandal mempolitikkan badan kehakiman yang semakin meningkat.
Bahkan peluang perkara ini untuk berlaku adalah lebih tinggi di Jerman. Ini berikutan pelantikan Menteri Keadilan yang baru, Michael Gove yang tidak mempunyai sebarang kelayakan mahupun pengalaman dan berkongsi dua sifat sama seperti As-Sisi. Kedua-dua mereka merupakan Zionis yang tidak malu dan didorong oleh kebencian mereka terhadap politik Islam.
Adakah Britain sepertimana Jerman akan menyerahkan pembangkang Mesir kepada rejim Kaherah? Kita tunggu dan lihat.
Apa yang pasti , dengan bertemankan rakan seperti As-Sisi, kegemilangan tradisi keadilan dan undang-undang Eropah adalah sangat terancam. Sindrom mempolitikkan badan kehakiman Timur Tengah telah tiba, dan ia sama sekali tidak dialu-alukan.
Ainun Mardhiah Jamaluddin
Sumber: MiddleEastMonitor