Israel menyokong Mesir dalam menghadapi ‘’keganasan Islam’’ yang meragut puluhan tentera Mesir di Sinai baru-baru ini dengan mengatakan mereka berada di pihak yang sama dan dalam masa yang sama Presiden Mesir Abdul Fattah Al-Sisi berasa bimbang sekiranya Islam menguasai Mesir serta mahu mempercepatkan pelaksanaan hukuman mati ke atas pemimpin Ikhwanul Muslimin.
Setelah beberapa serangan maut yang meragut berpuluh-puluh nyawa tentera Mesir di Sinai, Perdana Menteri Benjamin Nentanyahu mengesahkan bahawa Israel dan Mesir berada di pihak yang sama dalam menentang ‘’keganasan Islam’’
Almesryoon.com, sebuah portal berita Mesir yang telah mengawasi liputan media Israel berkenaan kejadian di Sinai, melaporkan bahawa Nentanyahu telah memberikan kata-kata semangat dan prihatin kepada Presiden Mesir Abdul Fattah Al-Sisi berikutan kematian rakyat Mesir yang menjadi ‘’mangsa keganasan’’ baru-baru ini.
Berdasarkan berita tersebut, Radio Israel melaporkan bahawa Nentanyahu berkata,’’Iran, ISIS dan Hamas sedang membiayai keganasan’’. Ia menekankan bahawa Nentanyahu telah mengenalpasti 200 serangan ganas yang berpotensi ke atas Israel sejak awal tahun ini.
Yedioth Ahronoth, sebuah akhbar Israel pula melaporkan bahawa ‘’Baitul Maqdis (sebuah kumpulan militan pakatan ISIS di timur Mesir) telah membaikpulih keupayaan operasinya menetang tentera Mesir di Sinai’’.
Akhbar tersebut menegaskan bahawa Sinai sedang ‘’hidup dalam perang’’ sambil menambah bahawa ‘’politik Islam telah memuncak semula di Sinai selepas mensasarkan beberapa serangan terhadap tentera Mesir… Terdapat banyak penjara bersenjata di Sinai yang bertanggungjawab ke atas beberapa serangan yang meragut berpuluh-puluh nyawa tentera Mesir dan anggota polis.
News One, sebuah laman web Israel, telah menerbitkan sebuah artikel yang bertajuk ‘’ Presiden Al-Sisi Sasaran Pengganas’’, menyatakan bahawa Presiden Mesir telah menyeru untuk ‘’mempercepatkan pelaksanaan hukuman mati ke atas pemimpin Ikhwanul Muslimin selepas pembunuhan Peguam Negara Mesir’’.
Laman web Israel juga telah memberi komen bahawa pemimpin Mesir sedang gusar jika penguasaan Islam akan bertambah kuat. Tambahan lagi,’’Rejim Al-Sisi dianggap sebagai rejim yang paling aktif menentang keganasan Islam dalam kalangan rejim Arab yang lain’’.
Ia turut mengecam penganut Islam yang ‘’tidak menghormati agama mereka’’ semenjak mereka menjalankan serangan di bulan suci Ramadhan ini.
Sementara itu, Ma’ariv melaporkan bahawa ‘’ Pada ulang tahun kedua revolusi Mesir (30 Jun), kumpulan Jihad telah menjalankan banyak serangan keganasan. Keganasan yang paling kejam adalah di Sinai apabila sebuah kereta yang telah dipasangkan bom meletup hingga membunuh puluhan tentera’’.
Ia turut menambah,’’ Selepas pembunuhan Peguam Negara Hisham Barakat, banyak serangan keganasan berlaku’’.
Nurul Fitrah Abdullah
Sumber: MEM