Arab Saudi dan Mesir Tandatangan ‘Deklarasi Kaherah’

 

Fattah al-Sisi dan Putera Mohammed bersetuju untuk bekerjasama bagi meningkatkan sektor tenaga dan pengangkutan menerusi 'Deklarasi Kaherah' (sumber: al-Jazeera)
Fattah al-Sisi dan Putera Mohammed bersetuju untuk bekerjasama bagi meningkatkan sektor tenaga dan pengangkutan menerusi ‘Deklarasi Kaherah’ (sumber: al-Jazeera)

Kerajaan Mesir dan Arab Saudi telah menandatangani satu perjanjian persefahaman di Cairo untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan dan ekonomi antara dua negara terbabit.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas perjumpaan oleh Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi dan Menteri Pertahanan merangkap Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman Khamis lepas, Mesir dan Arab Saudi akan bekerjasama untuk merealisasikan satu penubuhan  ketenteraan bersama antara negara-negara Arab.

Pertemuan antara menteri-menteri pertahanan dan luar akan diadakan pada 27 Ogos  bagi membincangkan tentang rancangan penubuhan kerjasama serantau.

“Kedua-dua pihak akan menekankan keperluan untuk mengadakan kerjasama serantau bagi meningkatkan keselamatan serta kestabilan negara-negara Arab, dan pada masa sama menjaga keselamatan negara-negara Arab,” kenyataan daripada pejabat Presiden Mesir

Dalam “Perjanjian Kaherah”, mereka berikrar untuk meningkatkan kerjasama dan pelaburan untuk sektor tenaga serta pengangkutan.

Hubungan antara kedua-dua negara bertambah erat selepas penggulingan Presiden Mesir pertama yang dilantik secara demokratik digulingkan pada tahun 2013, apabila Arab Saudi menawarkan bantuan kepada Mesir sebanyak berbilion dollar.

Sebagai menghargai bantuan daripada Saudi, Mesir telah menyertai kempen penghapusan puak-puak Houthi yang telah memberontak di Yaman. Sebelumnya, Mesir telah menyatakan kesungguhan mereka untuk memberikan bantuan ketenteraan darat sekiranya diperlukan.

Riyadh telah menjadi rakan penting bagi Sisi, setelah beliau menggulingkan Morsi dua tahun lepas, dengan menawarkan empat billion dollar sebagai bentuk bantuan untuk meningkatkan ekonomi  Mesir setelah bergolak akibat masalah politik yang meletus sebelum itu.

Sisi dengan lantang menentang  serta mengisytiharkan akan menentang habis-habisan kumpulan IS selepas peristiwa penyembelihan salah satu daripada 21 orang Kristian Koptik yang merupakan warganegara Mesir di Libya.

Delegasi daripada kerajaan Salman juga akan menghadiri perbarisan kawad hormat bersama Sisi.

 

Terjemahan: Khairil Alias

Sumber: al-Jazeera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Qatar, Majlis Ulama Arab Saudi Mengutuk Tindakan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa

Next Post

John Kerry Datang Ke Malaysia Bermotifkan TPPA?

Related Posts
Skip to content