OBOR sebagai penerusan hasrat China menjadikan Malaysia wilayah ke 19

belt-and-road-hong-konggambar dari Reuters

Asal usul cara fikir berstrategi China

Demi memahami bagaimana dasar luar China dirangka, penting untuk mengenali asal usul cara fikir berstrategi China. Dasar luar China bermula daripada idea Deng Xiaoping yang menggariskan 28 strategi yang berdasarkan karakter abjad China. Strategi pada peringkat awal adalah mengumpul kekuatan, untuk menjadi orde baru dunia. Taoguang yanghui yang bermaksud “sembunyikan kekuatan, elakkan provokasi”. Berdasarkan buku ’36 Chinese Strategic Thinking’ tulisan Dr Murad, seorang pensyarah di Institut Pengajian China, Universiti Malaya, berpendapat bahawa kita seharusnya memahami cara fikir dan strategi yang digunakan mereka sebelum melakukan sebarang urusan diplomasi bersama. Antara strategi lain yang digunakan adalah seperti:

  • Guo Hai Man Tian strategi pertama yang bermaksud, “crossing the sea while deceiving the god” (Ai, 1992)

“Such strategies that caused the Hawthorne effect has been used by the Chinese entrepreneurs to beat the government authority system while taking away opportunities meant.”

  • Pao Zhuan Yin Yu membawa maksud “tossing out a brick to get a jade” (Ai, 1992)

“This is a bait strategy by making the sleeping partner to believe he gained something but actually the Chinese entrepreneurs gained more invaluable return.”

  • Xiao Li Zang Dao.

“It means hiding a dagger behing a smiling face” (Ai, 1992).

 

OBOR sebagai strategi menjadikan Malaysia wilayah ke 19

Rupert Emerson pada tahun 1934 menulis dalam sebuah makalah berjudul, ‘The Chinese in Malaysia’, di mana Tanah Melayu pada waktu itu dianggap sebagai wilayah ke 19 negara China. Wilayah ke 19 itu diistilahkan sebagai tera irredenta atau secara umumnya lebih difahami sebagai sebahagian daripada wilayah yang belum lagi ditebus sebagai hak milik. Hal ini juga disebutkan dalam buku ‘The Formative Years of Malaysian Politics’ tulisan Charles Shumaker yang menyebut ada propaganda yang mengatakan bahawa Tanah melayu akan dijadikan wilayah ke 19 oleh China. Beliau juga memetik kata-kata Gabenor Guillemard yang berkongsikan tulisan dalam Trivial Fond Records 8 tahun selepas bersara (Pesuruh Jaya Tinggi British di Malaya pada tahun 1920),

“The majority of the Chinese in Malaya have been too busy making money to bother about politics, but some politicians in China affect to look forward to a day when Malaya will become a Chinese province. propaganda is apt to spread, and the situation need careful watching. “

Dato’ Onn Jaafar juga pernah mengatakan perkara yang serupa. Hal ini boleh dilihat dalam buku yang bertajuk Biografi Dato’s Onn Hidup Melayu tulisan Anwar Abdulah, terbitan UKM,

“ketika berucap dalam satu rapat partinya di Kuala Lumpur pada tahun 1953, Dato’ Onn berkata: “MCA dan Dewan Perniagaan Cina sedang melaksanakan satu rancangan untuk menjadikan negeri ini jajahan China yang ke-20 – bertaat setia kepada Formosa yang menjadi jajahan yang ke-19… MCA telah memainkan peranan yang dahulunya diambil oleh Wakil-wakil Konsul China dan Dewan Perniagaan dengan menjadi Parti Kuomintang bawah tanah dan mengeluarkan arahan-arahan politik kepada MCA.”

p/s: Dato’ Onn menganggap Farmosa (Taiwan) wilayah ke 19 dan Malaya wilayah ke 20.

China’s Map of National Humiliation sebagai asas propaganda politik

Kerangka pemikiran China dapat difahami melalui peta di bawah yang menunjukkan 1927 Map of China’s National Humiliation. Peta ini menurut William Callahan di dalam bukunya, ‘China, The Pessoptimist Nation’, adalah peta yang membentuk fahaman politik orang China sehingga ke hari ini. Peta-peta sebegini, adalah penting sebagai alat propaganda politik yang menggambarkan China sebagai sebuah kuasa besar dunia, yang wilayah kekuasaannya dirampas dan dijajah oleh penjajah Barat dan Jepun. Jika kita lihat wilayah ini merentas sehingga ke Asia Tenggara, Asia Tengah, sehingga juga ke negara-negara di Asia Selatan.

14469654_1461135943903475_8084849609220796432_n 14500310_1461134960570240_5828419915264914001_o

Menurut Callahan, fahaman politik ini membentuk dasar luar China sehingga ke hari ini. Sebagai contoh, OBOR, ataupun One Belt One Road dapat dilihat sebagai manifestasi fahaman politik hasil daripada peta China’s National Humiliation. Ini dapat dilihat pada tahun 2013, di mana Presiden China iaitu Xi Jinping membentangkan rancangan Silk Road Eonomic Belt dan 21st Century Silk Road atau lebih dikenali sebagai OBOR. OBOR menggabungkan Silk Road iaitu laluan sutera dan Maritime Road iaitu laluan laut yang pernah dipelopori semasa era Dinasti Ming ketika zaman Zheng He ataupun Cheng Ho. Laluan laut ini merentas daripada China ke Asia Tenggara sehingga ke pantai Timur Afrika. Secara geografinya, projek OBOR ini akan menghubungkan jalan darat dan jalan laut. Jalan darat melalui Silk Road Economic Belt akan menghubungkan China, Asia Tengah, Rusia dan juga Eropah.

img_2016-10-01-003051

Jika kita melihat kepada skala projek OBOR ini di Malaysia yang sedang rancak dilaksanakan sekarang seperti pemilikan hartanah dalam skala yang besar, kelulusan pembinaan kereta api laju yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura (sebahagian daripada projek OBOR ini adalah untuk menghubungkan Kunming di China hingga ke Singapura), pemilikan pelabuhan seperti di Kuantan, pembinaan Universiti Xiamen di Sepang, dan lain-lain lagi (anda boleh membaca tulisan saya di pautan di bawah), serta tuntutan China yang semakin agresif terhadap Laut China Selatan, menunjukkan kesungguhan China dalam melebarkan hegemoni mereka di sini.

  1. i) OBOR peluang atau ancaman?

http://focuss.my/obor-one-belt-one-road-peluang-atau-ancam…/

  1. ii) Adakah projek OBOR akan mengadaikan negara?

http://focuss.my/adakah-projek-obor-one-belt-one-road-akan…/

iii) Projek OBOR dan kejatuhan Melaka.

http://focuss.my/projek-obor-dan-kejatuhan-kerajaan-melaka/

  1. iv) Limpahan pendatang dari China satu ancaman demografi?

http://focuss.my/limpahan-pendatang-dari-china-satu-ancama…/

  1. v) Usaha menchinakan Malaysia

http://focuss.my/usaha-menchinakan-malaysia/

Projek-projek OBOR kini telah dimulai di seluruh pelusuk dunia. Walaupun secara dasarnya kelihatan seperti projek ini membawa manfaat dari sudut ekonomi, tetapi secara tidak langsung akan membawa implikasi kepada keselamatan dan kedaulatan negara. Ia akan membawa kesan dan merubah demografi negara, eksploitasi hasil bumi, merubah struktur ekonomi domestik dan juga aspek kebudayaan negara.

Tidakkah kita berasa negara sedang menghadapi bahaya yang besar? Adakah kita sedar bahawa projek OBOR ini adalah sebahagian daripada strategi untuk menjadikan negara kita sebahagian daripada tanah jajahan mereka? Adakah kita bersedia menghadapi masa depan di mana negara kita akan menjadi wilayah ke 19 sepertimana yang dikemukakan oleh Emerson?

Fikir-fikirkan. Wallahualam.

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS Institute

2 comments
  1. Semasa budak2 lagi pada tahun 1948 pernah terdengar kaum cina mengatakan Malaya cina punya bukan orang puteh punya masa kanak2 kita tak ambil kisah langsung APA yg dikatakan tapi kini setelaj mbaca tulisan di f/b ia memang nyata sekali dgn kawan cina sya katankan – chaw malaya

  2. Malaysia government is elected and determined by the minority rural people.
    They dont give a damn so long as they get money and Dap become the scapegoat.
    The leader of malaysia today is formed by a group of cepat kaya mentaliti politician. They masuk umno vecos want to kaya cepat to get projek which they need not to work on.hence we owe so much we have turn to someone who has the money and resources.
    Who created this ? Who is the one who sell our asset secara besar besaran tu prc. Not me the ordninary malaysian chinese.
    You decide yourself.
    Tackle this before others.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

When my teacher refused to say that CIA was behind the Taliban

Next Post

Pentagon membayar sebuah syarikat perhubungan awam $540 juta untuk membuat video pengganas palsu

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content