Pentagon membayar sebuah syarikat perhubungan awam $540 juta untuk membuat video pengganas palsu

maxresdefault

Biro Siasatan Kewartawanan (Bureau of Investigative Journalism) mendedahkan bahawa pihak Pentagon telah membayar sebuah syarikat perhubungan awam setengah bilion dolar untuk melakukan kempen propaganda rahsia dengan membuat video pengganas palsu di Iraq.

Syarikat Bell Pottinger dikenali sebagai sebuah syarikat perhubungan awam yang penuh dengan kontroversi di mana mereka pernah dikaitkan dengan kerajaan Saudi dan diktator negara Chile, Augusto Pinochet yang baru-baru ini telah bekerjasama dengan pihak tentera Amerika Syarikat untuk menghasilkan propaganda dalam operasi berahsia.

Syarikat tersebut diketahui bekerjasama dengan pihak CIA, Majlis Keselamatan Negara (National Security Council) dan pihak Pentagon berkenaan projek yang bertujuan menghasilkan imej negatif Al-Qaeda dan mengesan pihak yang disyaki menyokong Al-Qaeda.

Jeneral David Petraeus, bekas jeneral yang pernah berkongsi maklumat sulit dengan perempuan simpanannya dan White House menandatangani kandungan yang dihasilkan oleh agensi tersebut.

Operasi Bell Pottinger bermula tidak lama lagi selepas pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq dan telah ditugaskan untuk mempromosikan “pilihan raya demokratik” bagi pentadbiran tersebut sebelum beralih kepada operasi psikologi dan maklumat yang lebih menguntungkan.

Bekas pekerja Bell Pottinger, Martin Wells memberitahu Bureau of Investigative Journalism bagaimana dia mendapati dirinya bekerja di Iraq selepas diupah sebagai penyunting video. Dalam masa 48 jam, beliau telah mendarat di Baghdad untuk menyunting kandungan “operasi psikologi”secara rahsia di Camp Victory.

Syarikat tersebut menghasilkan iklan televisyen menunjukkan sisi negatif Al-Qaeda dan juga menghasilkan kandungan supaya kelihatan seolah-olah ianya datang dari “Arabic TV”. Pihak krew telah dihantar untuk merekod pengeboman dengan kamera video yang berkualiti rendah. Syarikat tersebut kemudian akan menyunting video tersebut supaya ia kelihatan seperti rakaman berita.

Mereka akan mencipta skrip untuk drama opera sabun Arab di mana watak-watak akan menolak keganasan. Syarikat tersebut turut menghasilkan video propaganda Al-Qaeda palsu, yang kemudian diletakkan di rumah-rumah yang diserbu pihak tentera. Pekerja Bell Pottinger diarahkan secara khusus untuk menghasilkan video tersebut. Martin Well diberitahu supaya, “kita perlu hasilkan video 10 minit dan ianya perlu dihasilkan dalam format fail ini, dan kita perlu mengekod dengan cara begini.”

Video yang dihasilkan bertujuan untuk dimainkan di Real Player yang memerlukan sambungan internet. Cakera padat tersebut mempunyai kod yang menghubungkan ke Google Analytics yang membenarkan pihak tentera untuk mengesan alamat IP di mana video itu dimainkan.

Menurut Wells, video tersebut telah diakses di Iran, Syria dan Amerika Syarikat. “Jika satu, 48 jam atau seminggu kemudian muncul di bahagian lain di dunia, maka itulah yang lebih menarik,” jelas Wells. “Dan itulah apa yang mereka cari kerana itu memberikan mereka petunjuk.”

Pentagon mengesahkan syarikat perhubungan awam tersebut melakukan kerja-kerja untuk mereka di bawah Information Operations Task Force (IOTF) yang dikatakan menghasilkan kandungan informasi yang “benar”. Syarikat tersebut juga bekerja di bawah Joint Psychological Operations Task Force (JPOTF) dan pihak Pentagon gagal untuk mengulas lanjut mengenai operasi JPOTF.

screen-shot-2016-10-03-at-1-29-50-pm

screen-shot-2016-10-03-at-1-29-58-pm
Undang-undang AS melarang kerajaan daripada menggunakan propaganda pada penduduknya, maka sebuah syarikat luar digunakan untuk menghasilkan video seperti itu.

Dokumen yang berkait menunjukkan pihak Pentagon membayar $540 juta kepada Bell Pottinger di dalam kontrak antara antara 2007 dan 2011. Selain itu, kontrak lain pada tahun 2006 membabitkan projek bernilai $120 juta dan syarikat tersebut mengakhiri tugasnya bersama Pentagon pada tahun 2011.

Pada tahun 2009, telah dilaporkan bahawa pihak Pentagon telah mengupah syarikat perhubungan awam, The Rendon Group untuk memantau laporan wartawan di dalam pihak tentera AS demi menilai sama ada mereka telah memberikan liputan berita yang positif terhadap misi tentera AS.

Turut didedahkan pada tahun 2005 bahawa syarikat perhubungan awam yang berpangkalan di Washington, Lincoln Group telah menerbitkan artikel dalam surat khabar di Iraq yang telah ditulis secara rahsia oleh pihak tentera AS. Siasatan Pentagon telah membersihkan syarikat tersebut daripada sebarang salah laku.

Penterjemah:
Fatin Nadhirah Jamalolail
MA International Political Economy

sumber asal: Middle East Monitor

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

OBOR sebagai penerusan hasrat China menjadikan Malaysia wilayah ke 19

Next Post

China Dream, One Belt One Road (OBOR) dan Peranan Diaspora Cina

Related Posts
Skip to content