Saya anggap masih belum masanya untuk membuat ulasan akhir tentang ECRL (walaupun berita sudah lapor ia dibatalkan).
Projek ECRL adalah projek yang amat diingini kemenjadiannya di sisi China atas banyak sebab – ekonomi, politik, geopolitik kuasa besar – dan ini sangat difahami oleh Tun. Boleh diagak bahawa China akan sanggup untuk ‘acommodate‘ kehendak dan tuntutan dari Malaysia ‘at all cost‘ demi memastikan projek ECRL yang menyambungkan Selat Melaka dengan Laut China Selatan ini berjaya dibina dan beroperasi (sekaligus melumpuhkan pengaruh Singapura dan US di rantau ini).
Mesej Tun kepada China sejak awal ialah ‘penuhi tuntutan beliau’, jika tidak, mungkin Malaysia akan batalkan saja projek itu. Sekarang ini nampaknya beliau sudahpun mengumumkan untuk dibatalkan, ertinya China belum penuhi kesemua tuntutannya.
Saya menjangkakan episod ECRL antara Malaysia dengan China akan terus berlangsung selepas ini, dan ia akan berakhir dengan keputusan yang dianggap ‘win-win’ oleh Tun, dan kemudian oleh China.
Soalan yang lebih menarik difikirkan bukan batal atau tidak ECRL itu tetapi apakah ‘tuntutan’ Tun dan bagaimana Tun mahu China penuhi ‘tuntutan’ itu?
Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim
CEO IRIS Institute